Little rescue me!!
Posted On Sunday, 25 November 2012 at at 21:33 by Azeem
Menjadi rutin En Azman Ahmad & kebanyakkan WFCians memberi makan kepada kucing jalanan. Kali ini, En Azman Ahmad bergerak menuju ke kedai makan yang terkenal dengan tomyamnya di kawasan Kulai. Kelihatan kelibat beberapa ekor kucing di kawasan kedai makan ini. Ada yang menyedihkan anak kucing yang masih lagi menyusu pun berada di kawasan ini. Diberikan kibbles kepada mereka. Ada yang berlari menuju ke longgokkan kibbles seolah-olah kelaparan.
Satu lagi kejayaan WFCians dapat menyelamatkan haiwan jalanan. Kos rawatan anak-anak kucing itu ditanggung sepenuhnya oleh Azman Ahmad & kos boarding mereka pula untuk 11 hari ditanggung oleh admin WFC.
Kini tinggal ibunya sahaja yang sudah dimandulkan. Masih dibuka untuk di adopt sehingga hujung bulan 11 ini. Jika tiada sesiapa yang berminat, Dr Marlia akan mengambilnya.
Kucing yang diberi makan oleh En Azman Ahmad
Tiba-tiba hatinya tersentuh apabila melihat anak kucing yang matanya sangat bengkak. mukanya dipenuhi hingus & lendihan mata yang sudah kering, tiada rupa kucing sekali pun. Dibuat keputusan untuk pulang ke rumah mengambil carrier untuk menghantar beberapa anak kucing itu ke klinik untuk rawatan.
Setibanya di sana, kelihatan longgokkan kibbles itu disimbahi air. seolah-olah ada yang menyirami air pada longgokan kibbles, memutuskan rezeki kucing-kucing. Geramnya hati beliau ketika itu, Sekali lagi, beliau pulang ke rumah, kali ini diambil pula sangkar untuk mengambil ibu & 5 ekor anaknya.
Kucing itu kemudiannya dibawa ke Klinik Hiwan Tiram untuk dirawat dan dicarikan adopter. Dirawat sebagai pesakit yang mendapat Feline Upper Respiratory Disease (FURD), 4 daripada 5 anak kucing itu kembali sihat.satu daripadanya yang sudah menunjukkan tanda-tanda teruk & mula tidak makan mati pada hari ke-6 di klinik.
Ibu dan 5 anaknya yang dibawa ke klinik
Setelah sihat, keempat-empat anak kucing itu di buka untuk adoption. Baru sehari sahaja diletakkan di hadapan klinik, seorang mak cik mengambil seekor anak kucing itu. Kemudian, 3 ekor lagi di pamerkan di WFC dan selang beberapa hari Aida Mustapa mengambilnya.
Anak kucing dibawah jagaan Aida Mustapa
Satu lagi kejayaan WFCians dapat menyelamatkan haiwan jalanan. Kos rawatan anak-anak kucing itu ditanggung sepenuhnya oleh Azman Ahmad & kos boarding mereka pula untuk 11 hari ditanggung oleh admin WFC.
Kini tinggal ibunya sahaja yang sudah dimandulkan. Masih dibuka untuk di adopt sehingga hujung bulan 11 ini. Jika tiada sesiapa yang berminat, Dr Marlia akan mengambilnya.
Stranger Loves Company
Posted On Tuesday, 20 November 2012 at at 02:20 by Azeem
Salam tahun baru semua. Diharapkan semua ada azam baru
termasuk ingin memberi pelindungan terbaik kepada haiwan perliharaan dan juga
haiwan jalanan yang masih lagi mencari pelindungan.
Kebanyakkan WFCians merupakan penyelamat-penyelamat haiwan
terbiar & terseksa. Saya dapat melihat bagaimana aktifnya wall WFC dengan
paparan iklan haiwan yang diselamakan. Ada yang berjaya diselamatkan dan
membesar dengan riang gembira. Ada pula yang berjaya diselamatkan tetapi
menemui Penciptanya selang beberapa hari.
Apa yang merisaukan saya penjagaan atau cara bagaimana
haiwan itu dibawa ke rumah. Secara tidak sengaja kita membawa 1001 penyakit yg
boleh berjangkit pada haiwan & kadang kala juga membahayakan kesihatan kita
bila seseorang itu mengalami imunisasi yang rendah. WFC akan memberitahu 7
langkah yang patut anda lakukan jika menyelamatkan haiwan jalanan.
- Bawa dia ke klinik haiwan yang berdekatan. Jika jumpa di waktu malam atau ketika klinik tutup, bawa balik ke rumah tetapi diletakkan di kawasan berjauhan dengan haiwan perliharaan anda. Paling baik dikurungkan dalam sangkar dan ditempatkan di belakang rumah dulu. Pastikan ada tempat pelindungan dari hujan/panas. Haiwan yang kita bawa tu walaupun nampak sihat tapi dia boleh jadi pembawa pelbagai penyakit ke rumah anda. Pernah terjadi penyelamat haiwan membawa kucing yang nampak sihat, tetapi membawa penyakit parvovirus ke rumahnya. Keseluruhan kucing dirumahnya dijangkiti parvovirus dan 3 ekor daripadanya mati.
- Ketika mengendalikannya, pastikan memegang haiwan itu berhati-hati. Kita tidak tahu kemungkinan haiwan itu ada kerosakan dalaman atau kecederaan. Dengan memegangnya “gently”, kecederaan haiwan itu mungkin akan kurang parah.
- Pujuk & belai haiwan yang anda baru jumpa itu. Haiwan itu mungkin dalam keadaan ketakutan atau mengalami trauma daripada perbuatan manusia. Jika anda cakap elok-elok, haiwan itu akan memahami yang kita datang untuk membantu
- Selepas dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, tempatkanlah di kawasan yang bukan kawasan lalu lalang orang & berjauhan dengan haiwan perliharaan ada untuk masa 2 minggu. Kuarantin dulu haiwan yang baru jumpa. Jika ada tanda-tanda membawa penyakit, haiwan ini akan menunjukkannya dalam tempoh 10 hari.
- Jangan membiarkan haiwan yang dijumpai terlalu aktif. Kurung dalam sangkar lebih baik. Pelbagaikan makanan dan biar haiwan itu membuat pilihan makanan yang hendak dimakannya
- Jangan paksa haiwan yang baru dijumpai itu untuk melakukan aktiviti yang dia belum biasa seperti; kurung dalam bilik air, mandikan, atau sebagainya. Haiwan terbiar biasanya mempunyai pengalaman pahit seperti disiram air, dikurung atau sebagainya ketika dijalanan atau semasa ditangan tuan lamanya.
- Jangan tahannya terlalu lama jika anda tdak ingin membelanya. Jika anda hanya ingin mengubatinya atau memandulkannya sahaja, lepaskan kembali atau cari tuan baru selepas semua urusan selesai.
Jangan
berhenti menyelamatkan haiwan yang terbiar & terseksa. Bantuan sekecil anda
ini boleh mengubah nasib mereka jika kita bersatu
Prevention (Now or Never)
Posted On Wednesday, 7 November 2012 at at 01:09 by Azeem
Cegah dulu sebelum kena. Itu ungkapan yang selalu dikaitkan
berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga dengan kesihatan haiwan perliharaan
anda terutamanya kucing. Mereka perlukan pencegahan awal dari penyakit-penyakit
yang biasa dihidapi oleh kucing. Terdapat tiga pencegahan yang anda boleh
lakukan pada kucing anda. Kenapa beri pencegahan penyakit? Kita sedia maklum
yang kucing perliharaan anda menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kucing
sentiasa sihat. Pencegahan penyakit boleh memastikan kucing sentiasa dalam
keadaan kesihatan yang optimum
- Vaksin (immunisasi)
Pengvaksinan adalah penting bagi memastikan
kesihatan kucing perliharaan sentiasa sihat. Vaksin ialah pendedahan awal virus
dalam kadar yang sedikit atau virus yang sudah dimatikan yang tidak menyebabkan
kucing mendapat penyakit. Pendedahan awal ini membolehkan kucing membentuk
antibody dalam badan.
Kebiasaannya vaksin 4 in 1 diberikan kepada
kucing bagi mengelakkan kucing perliharaan anda mendapat pendedahan awal dari
penyakit Feline Panleukopenia/Feline Parvovirus & penyakit Feline Upper
Respiratory Disease.
Pengvaksinan perlu diberi ketika umur
kucing melepasi 2 bulan. Ini kerana sebelum 2 bulan, kucing mendapat immunisasi
dari ibunya (maternal immunity) yang disalurkan melalui placenta atau susu
awalan. Antibody dari ibunya cukup untuk melindungi kucing sehingga umur 2
bulan sahaja. Jadi, penvaksinan perlu dilakukan pada kucing yang mencecah umur
2 bulan.
Oleh kerana badan perlu bertindak balas
dengan vaksin yang disuntik, badan kucing mungkin akan sedikit panas, kucing
akan kurang aktif dalam masa seminggu selepas divaksin. Perkara ini normal
& kucing akan kembali aktif setelah tindak balas badan tamat.
Pengulangan vaksin perlu dilakukan bagi
memastikan tahap antibody meningkat. Vaksin perlu dilakukan kembali ketika
kucing berumur 3 bulan & umur 4 bulan. Pada suntikan yang ketiga, tahap
vaksin akan sampai tahap optimum dan perlu diulang setiap setahun sekali
sahaja.
Kandungan vaksin 4 in 1 (boleh menghalang
jangkitan virus-virus berikut) :
- Feline viral rhinotracheitis atau Feline herpesvirus merupakan salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease. Virus ini akan membiak di kawasan hidung, tekak & rongga antara mulut & hidung. Kucing akan kelihatan murung, bersin, kurang makan & demam. Juga kucing akan menghadapi selsema, keluar cecair dari mata & hidung sehingga kadang kala menyebabkan kucing batuk akibat cecair yg terlalu banyak di rongga pernafasan. Jangkitan bakteria menerukkan lagi keadaan kucing.
- Feline calicivirus juga salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease. Pada peringkat permulaan, kucing akan demam, murung & tiada selera makan. Tanda paling ketara ialah ilser dalam mulut, kebiasaannya pada lidah. Ini menyebabkan kucing tidak boleh makan. Boleh berjangkit kepada kucing lain.
- Feline panleukopenia ialah penyakit yang dikenali sebagai berak berdarah. Sangat-sangat mudah merebak & berjangkit kepada kucing terutamanya anak kucing. Kucing akan mula murung, tiada selera makan & cirit-birit berdarah. Kucing juga akan mengalami muntah yang teruk & akhirnya akan menyebabkan kehilangan banyak air dalam badan. Kebarangkalian untuk hidup setelah cirit-birit & muntah adalah tipis.
- Feline Chlamydia juga salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease yang menyebabkan conjunctivitis ( mata bengkak). Pada permulaannya mata akan mula berair & bengkak di sebelah sahaja dan akhirnya boleh membawa kepada tahap kritikal bila mata mula membengkak & rosak.
2. Pencegahan endoparasit (cacing)
Hookworm, roundworm adalah cacing
yang biasa ada pada kucing. Pemberian ubat cacing boleh mengurangkan risiko
cacing yang terlalu banyak dalam usus kucing. Ubat cacing yang diberi akan
mematikan cacing serta menyebabkan cacing akan keluar bersama-sama najis. Ubat
cacing juga menghalang kucing daripada mendapat jangkitan cacing.
Ubat cacing patut diberi kepada
kucing seawall umurnya 2 minggu dan diberikan setiap 2 minggu sehingga umurnya
mencecah 2 bulan. Kemudian, ubat cacing perlu diberi setiap sebulan sehingga
umurnya 6 bulan. Ubat cacing perlu diberi setiap 3 bulan sekali kemudiannya.
Pemberian ubat cacing boleh
mengelakkan kucing daripada cirit-birit (cecair hingga berdarah) yang
diakibatkan cacing, hilang selera makan & kurus.
3. Pencegahan ectoparsit (kutu)
Flea, lice, mite adalah ectoparasit yang
membawa kesan buruk kepada kucing. Walaupun sedikit, kutu boleh menyebabkan
kulit kucing menjadi merah dan allegik. Juga kutu membawa virus/parasit darah
yang boleh merosakkan system badan kucing. Kutu bukan sahaja membawa penyakit
kulit sahaja pada kucing, juga disebabkan kutu membawa pelbagai virus/parasit,
kutu secara tidak langsung membawa penyakit yang boleh merosakkan system dalaman
kucing.
Pemberian ubat kutu sangat-sangat penting
bagi mencegah kutu berada di kucing anda. Ubat kutu boleh diberikan setiap 2
bulan bermula umurnya sebulan.
Keep Your Friends Close
Posted On Monday, 29 October 2012 at at 03:15 by AzeemPekan Nenas Part 2 : Perfect Little Accident
Posted On Friday, 26 October 2012 at at 08:15 by Azeem
sambungan bahagian kedua pusat pelindungan haiwan di Pekan Nenas
Keriuhan pusat pelindungan mulai didengari kembali setelah jam 2pm. Ada juga beberapa peserta yang pulang balik disebabkan mempunyai rancangan yang tidak dapat dielakkan. Dan ada juga yang datang disebelah petang untuk turut serta.
Dr Marlia memberi sedikit suntikan semangat kepada peserta-peserta. Maklumlah, ada yang pertama kalinya memegang anjing. Inikan pula memandikan anjing dengan sabun berubat, lagilah tidak pernah. Beliau juga menegaskan yang tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak mahu turut serta memandikan anjing, jika mahu melihatkan dari jauh juga boleh. kedatangan mereka pun sudah mengembirakan admin WFC & pemilik pusat pelindungan itu tersebut.
Acara memandikan anjing bermula. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Walaupun perasaan takut masih ada menyelubungi setiap peserta, digagahkan kaki masuk ke dalam kawasan anjing. Apabila melihat betapa comel & baiknya anjing-anjing di sini, sedikit sebanyak perasaan takut mereka mula hilang.
Yang berani & biasa tangkap & memandikan anjing, menunjukkan cara memandikan anjing. peserta-peserta yang tidak biasa mula mendekati sedikit demi sedikit. tangan mula diletakkan di badan anjing dalam keadaan berjaga-jaga. sebelah tangan lagi diletakkan di atas badan anjing. perasaan takutnya mula menghilang. menolong juga memandikan anjing.
Anjing-anjing di pusat pelindungan haiwan ini mempunyai kutu yang agak banyak. Jika diselak di celah-celah kaki & bawah badan, ada sahaja kutu yang boleh didapati. Kutu sangat-sangat bahaya kepada anjing kerana kutu boleh membawa virus, parasit & lain-lain jangkitan kepada anjing. Pemilik pusat pelindungan haiwan ini amat berbangga dengan usaha setiap peserta ini. Beliau berharap sedikit sebanyak, sebaran kutu yang ada di pusat pelindungan haiwan milik beliau akan berkurangan.
Dalam masa yang sama peserta melihat cara rawatan Dr Marlia & Dr Azeem merawat anjing yang luka berulat. Agak mengerikan juga bila dipertontonkan dikhayalak ramai, akan tetapi ini realitinya kehidupan anjing & kucing jalanan. Harap mereka dapat bayangkan bagaimana lagi teruknya keadaan haiwan jalanan yang masih belum diselamatkan. Ada yang bergaduh sesama sendiri, badannya luka akibat benda tajam di jalan, dilanggar & lebih teruk lagi dipukul oleh manusia yang tidak berhati perut.
![]() |
| Rawatan oleh Dr Marlia |
Hampir 2 jam masa diambil oleh peserta-peserta untuk memandikan anjing. kemudian, mereka yang beragama islam bersertu (samak) di pusat pelindungan haiwan ini dan ada juga mandi menggunakan sabun taharah ini di Masjid.
Sebelum bergerak menuju haluan masing-masing, kesemua peserta-peserta mengambil gambar kenang-kenangan. kenangan yang mungkin menjadi kenangan termanis bersama haiwan & WFCians. Jiwa & lara tetap disanubarikan hanya untuk selamatkan haiwan jalanan.
Sedang asyik peserta-peserta sibuk melihat gambar yang di paparkan dalam WFC, WFCians disentapkan dengan teguran dari salah satu peserta yang tidak dapat hadir. Agak panjang perbalahan itu sehingga sedar-sedar dibahaskan dalam 'open group'. Harap semua WFCians tidak cepat melenting dengan tindakan dia. Semoga semua dapat pelajari banyak benda dari perbalahan ini
Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama seorang peserta sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.
Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama seorang peserta sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.
Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
"lepas ni boleh mandikan babi"
"anjing itu haram dipegang"
"perempuan ini hanya berpakaian seperti islam,tetapi bukan islam"
Hampir 1 1/2 muka surat Sin Chew Daily menyiarkan cerita mengenai program ini. Kita tunggu sahaja majalah Jinak menceritakannya pula.
Pada kami di sini, program ini dapat membuka mata ramai orang (Islam atau bukan Islam). Dari mereka yang tidak tahu tentang najis mughalazah ni, jadi tahu apanya dia. Dari mereka cetek ilmu, mereka dalaminya lagi. Dari mereka sukar mengertu menggunakan tanah, sabun taharah diperkenalkan. Kami mengambil dari sudut positif apa yang berlaku
Pada kami, program ini dikira berjaya bagi kami. kesemua yang dirancangkan berjalan seperti yang dirancangkan. Jika ada kekurangan, kami memohan kemaafan kepada segala kesalahan kami secara langsung atau tidak langsung. Ukhwah antar WFCians menjadi rapat. Selepas program ini, kami berkenalan dengan ramai pencinta-pencinta haiwan yang dulunya hanya dikenali di laman sesawang. Syabas kami ucapkan kepada semua peserta-peserta program ini.
I CAN'T DO ANYTHING TO STRAY ANIMAL, BUT I CAN DO SOMETHING
Through Many Dangers, Snares and Travail
Posted On Wednesday, 24 October 2012 at at 23:58 by Azeem
4 September 2012
Kisah kucing yang dikatakan dipotong ekornya dipaparkan dari 'page' NGO penyelamat haiwan yang dijumpai berdekatan Hotel New York, JB. Bergegas penyelamat-peyelamat haiwan ke kawasan persekitaran hotel untuk mencari kucing itu termasuk dua orang admin WFC (Hafizan aka DC & Azman Ahmad). Dikhabarkan Azman yang baru touch down dari KLIA di Senai Airport bergegas ke sana dalam pencarian kucing ini. Walaupun hujan renyai-renyai, penyelamat-penyelamat haiwan masih lagi mencari kucing berkenaan. Di sebabkan kawasan persekitaran berdekatan dengan jalan besar, usaha untuk mencari agak sukar dan juga beberapa kawasan letak kereta yang berhampiran juga diperiksa dalam usaha mencari kucing ini. Temu bual di antara mereka bersama peniaga stim boat di situ, mereka memang perasan kucing ini sentiasa berkeliaran di persekitaran kawasan tersebut, cuma agak dukacita malam itu kucing tersebut tidak timbul menunjukkan diri. Malam makin larut, penyelamat haiwan mula pulang ke rumah masing masing & menyambung kembali esok hari. Hafizan ada meninggalkan kad peniagaannya kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan itu.
Kisah kucing yang dikatakan dipotong ekornya dipaparkan dari 'page' NGO penyelamat haiwan yang dijumpai berdekatan Hotel New York, JB. Bergegas penyelamat-peyelamat haiwan ke kawasan persekitaran hotel untuk mencari kucing itu termasuk dua orang admin WFC (Hafizan aka DC & Azman Ahmad). Dikhabarkan Azman yang baru touch down dari KLIA di Senai Airport bergegas ke sana dalam pencarian kucing ini. Walaupun hujan renyai-renyai, penyelamat-penyelamat haiwan masih lagi mencari kucing berkenaan. Di sebabkan kawasan persekitaran berdekatan dengan jalan besar, usaha untuk mencari agak sukar dan juga beberapa kawasan letak kereta yang berhampiran juga diperiksa dalam usaha mencari kucing ini. Temu bual di antara mereka bersama peniaga stim boat di situ, mereka memang perasan kucing ini sentiasa berkeliaran di persekitaran kawasan tersebut, cuma agak dukacita malam itu kucing tersebut tidak timbul menunjukkan diri. Malam makin larut, penyelamat haiwan mula pulang ke rumah masing masing & menyambung kembali esok hari. Hafizan ada meninggalkan kad peniagaannya kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan itu.
5-6 September 2012
Pencarian kucing malang ini berterusan tetapi masih gagal dijumpai. Hanya harapan agar kucing tersebut akan selamat sehingga mereka menjumpainya.
7 September 2012
7 September 2012
Hafizan mendapat panggilan dari salah seorang peniaga berdekatan hotel. Peniaga terbabit ternampak kelibat kucing tersebut berkeliaran di gerainya.jam 1:30 pagi. Sampai di sana, 10 minit Hafizan mencarinya dan akhirnya jumpa. Perasaan sayu menyelubungi beliau. melihatkan keadaan kucing itu yang sangat-sangat kotor, kelaparan, tidak berdaya & luka yang terlalu dalam dibahagian pinggulnya. Peniaga itu memberikan makanan kepada kucing yang dinamakan NEYO (NEw YOrk) & dengan lahap, Neyo memakannya sambil memandang peniaga itu tanda ucapan terima kasih
Hafizan dalam masa yang sama meminta pertolongan penyelamat haiwan yang lain untuk menghubungi klinik atau doktor veterinar yang mereka kenal untuk diwadkan Neyo. Maklumlah di JB, tiada klinik yang buka di awal-awal pagi. Dari Bandar Baru Uda ke Tampoi ke Johor Jaya pula, semua klinik veterinar tutup. Akhirnya Kak Sue berjaya meminta bantuan staff Klinik Haiwan Tiram untuk mengwadkan NEYO. Jam 4 pagi, klinik dibuka oleh Fitri.
Doktor Marlia mendapat panggilan dari Kak Sue menyatakan kucing yang dipotong ekornya sudah berada di kliniknya. Doktor Marlia meminta Doktor Azeem untuk datang ke klinik (klinik tutup pada hari jumaat). Dr Marlia ketika itu berada di KL atas urusan keluarga
Melihatkan keadaan Neyo seperti itu & luka Neyo berulat, Neyo dibiuskan dan luka Neyo dicuci & ulat semua dibuang. Neyo juga dimasukkan air melalui salur darahnya & diberikan antibiotik & ubat tahan sakit.
Kompilkasi yang mungkin terjadi pada Neyo ialah : kesukaran membuang najisnya, kaki belakangnya akan cacat & jangkitan kuman ke seluruh badan (septicaemia)
Keadaan Neyo yang dikatakan ekornya dipotong adalah tidak benar sam sekali. Luka Neyo seperti itu disebabkan Neyo berada di dalam injin kereta ketika injin kereta sedang dihidupkan. Bukan disebabkan didera atau dipukul.
Neyo semakin hari, semakin kering lukanya. selera makannya bertambah baik. bengkak lukanya juga semakin susut & tulang yang tercucuk di dagingnya kini jelas kelihatan
16 September 2012
Sekali lagi Neyo dibiuskan dan dicabut tulang ekor yang terlekat di dagingnya. Kehadiran Hafizan & Aida melawat Neyo ke klinik memberi harapan baru kepada Neyo. Neyo yang masih dalam keadaan tidak sedar ketika itu. Ketika itu juga diberitahu yang Neyo mungkin akan cacat kaki belakangnya. Neyo sudah menampakkan tanda-tanda kakinya mengalami masalah saraf
Akhir September 2012
Neyo sekarang sudah pulih. Lukanya sekarang sudah ditutupi dengan kulit. Neyo bebas melakukan aktiviti hariannya.
7 Oktober 2012
Kunjungan rakan-rakan dari WFC dan KMFC (selepas program lawatan ke Shelter Pekan Nenas) ke Klinik Haiwan Tiram untuk melawat Neyo.Sehingga hari ini, Neyo dalam keadaan normal & sihat.
Alhamdulillah, berkat usaha & tawakal semua pihak terutamanya Hafizan telah menyelamatkan seekor lagi kucing jalanan.
Note : Neyo telah menjadikan kami admin berkenalan dengan Hafizan & Azman Ahmad. sehingga kami jadikan mereka sebagai admin WFC.
Lucky Lakin
Posted On Monday, 22 October 2012 at at 01:17 by Azeem
Ketika menunggu kehadiran bas di perhentian bas Larkin, Kak Sue (Admin WFC) terlihat kehadiran kucing bewarna kuning yang kelihatan seperti
jaguh di sini. Kak Sue datang mengusap-usapnya dan secara tidak sengaja
ternampak luka dibahagian kaki kanan hadapan. Terus 2 gambar diambil &
dipaparkan di dalam WFC
Oleh kerana, Kak Sue menunggu bas ke kampung halamannya atas
urusan keluarga, bantuan segera diperlukan daripada WFCians untuk menyelamatkan
Lakin, nama yang diberi kepada kucing tersebut untuk dibawa untuk rawatan
susulan.
Linda Jay dengan pantas menawakan diri untuk
menyelamatkannya & bergegas menuju ke Klinik Veterinar Johor Bahru yang
terletak berhampiran Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Johor Bahru. Luka Lakin dicuci dan diberikan ubat antibiotik
& ubat tahan bengkak oleh klinik kerajaan itu. Kemudian, Lakin dibawa ke Klinik Haiwan Tiram
untuk rawatan susulan & menjaganya sehingga Lakin jumpa tuan barunya.
![]() |
| Luka dicuci di Klinik Kerajaan. |
Kos rawatan, penjagaan Lakin selama 39 hari dari tarikh 11
September 2012 & pemandulannya ditanggung oleh seorang yang berhati mulia.
Saya suka kata-kata beliau (lebih kurang macam gini dia cakap)
Saya boleh tolong mana yang patut, siapa saya tidak usah diberitahu. saya tanggung semua penbelanjaan kucing ini. Bagi saya jika seseorang itu pencinta haiwan, dia patut tanggung risiko sehingga kucing ini menerima tuan baru. Saya bantu kak sue, sebab dia pernah bantu saya.Tapi saya tak suka bila dalam kes lain, orang selamatkan kucing, dia lepas tangan sahaja.
Akhirnya, WFC mendapat mesej dari Iman Ibtisam . Beliau sedang
mencari kucing betina yang besar. Akan tetapi, saya mengesyorkan Lakin. Beliau menyetujuinya
& merancang mengambilnya. Beliau tinggal di Batu Pahat, tetapi sanggup ke
Tiram untuk mengambil Lakin.
Ini dia Iman Ibtisam bersama Lakin. Sekarang namanya ditukarkan
kepada Lucky. Harap Lucky/Lakin selesa bersama tuannya yang baru & tuannya
selesa dengannya. Tak boleh tahan suara dia yang suka menegur orang, sangat unik.
Ini antara kucing yang berjaya diselamatkan bila WFCians semua bekerjasama. Walaupun kes Lakin tidak seteruk mana, akan tetapi, kemurahan hati WFCians yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sedikit sebanyak membantu mengubah kehidupan kucing ini.








.jpg)
.jpg)













