Lucky Lakin



Ketika menunggu kehadiran bas di perhentian bas Larkin, Kak Sue (Admin WFC) terlihat kehadiran kucing bewarna kuning yang kelihatan seperti jaguh di sini. Kak Sue datang mengusap-usapnya dan secara tidak sengaja ternampak luka dibahagian kaki kanan hadapan. Terus 2 gambar diambil & dipaparkan di dalam WFC



Oleh kerana, Kak Sue menunggu bas ke kampung halamannya atas urusan keluarga, bantuan segera diperlukan daripada WFCians untuk menyelamatkan Lakin, nama yang diberi kepada kucing tersebut untuk dibawa untuk rawatan susulan.

Linda Jay dengan pantas menawakan diri untuk menyelamatkannya & bergegas menuju ke Klinik Veterinar Johor Bahru yang terletak berhampiran Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Johor Bahru.  Luka Lakin dicuci dan diberikan ubat antibiotik & ubat tahan bengkak oleh klinik kerajaan itu.  Kemudian, Lakin dibawa ke Klinik Haiwan Tiram untuk rawatan susulan & menjaganya sehingga Lakin jumpa tuan barunya.

Luka dicuci di Klinik Kerajaan.
 Kos rawatan, penjagaan Lakin selama 39 hari dari tarikh 11 September 2012 & pemandulannya ditanggung oleh seorang yang berhati mulia. Saya suka kata-kata beliau (lebih kurang macam gini dia cakap)


Saya boleh tolong mana yang patut, siapa saya tidak usah diberitahu. saya tanggung semua penbelanjaan kucing ini. Bagi saya jika seseorang itu pencinta haiwan, dia patut tanggung risiko sehingga kucing ini menerima tuan baru. Saya bantu kak sue, sebab dia pernah bantu saya.Tapi saya tak suka bila dalam kes lain, orang selamatkan kucing, dia lepas tangan sahaja. 



Akhirnya, WFC mendapat mesej dari Iman Ibtisam . Beliau sedang mencari kucing betina yang besar. Akan tetapi, saya mengesyorkan Lakin. Beliau menyetujuinya & merancang mengambilnya. Beliau tinggal di Batu Pahat, tetapi sanggup ke Tiram untuk mengambil Lakin.

Ini dia Iman Ibtisam bersama Lakin. Sekarang namanya ditukarkan kepada Lucky. Harap Lucky/Lakin selesa bersama tuannya yang baru & tuannya selesa dengannya. Tak boleh tahan suara dia yang suka menegur orang, sangat unik.




Ini antara kucing yang berjaya diselamatkan bila WFCians semua bekerjasama. Walaupun kes Lakin tidak seteruk mana, akan tetapi, kemurahan hati WFCians yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sedikit sebanyak membantu mengubah kehidupan kucing ini.

 

Trial by magic, End with triumphant 




Posted in Labels: , |

2 comments:

  1. as_serialam Says:

    Sayang Lakin/Lucky, gonna miss U... -Linda Jay-

  2. Azeem Says:

    Terima kasih dari WFC kerana menolong membantu menyelamatkan Lakin. Jasa awak mmg kami hargai

Post a Comment