Risikan khabar Pasar Borong Pandan
Posted On Tuesday, 16 October 2012 at at 08:00 by Azeem
Cetusan idea Jue Ramli untuk merancang program ke Pasar
Borong Pandan, JB membuatkan admin WFC menyetujuinya. Lantas, sebaran demi
sebaran mengenai rancangan ini dilakukan di WFC selama 2 hari. Tarikh keramat
14 October 2012, mulanya program ‘seketika
bersama haiwan jalanan’. Kenapa malam isnin??: sebab pasar borong tutup malam isnin,tak usah berebut parking.
Jam 9 malam, kami berkumpul di Pasar Borong Pandan. Semasa
tunggu yang lain di hadapan Pasaraya Hwa Tai, kelibat kucing mula kelihatan.
Satu persatu datang bila ‘kibbles’ mula diletakkan di tepi jalan. Aroma &
tarikan ‘kibbles’ menarik lebih ramai lagi kucing datang ke arah kami.
kucing-kucing disini sangat manja & mudah mendekati manusia.
Semuanya sudah berkumpul, kami (15 orang semuanya) bergerak
dari arah pasaraya ke belakang. Mata masing-masing berkeliaran mencari kucing
& seperti tidak perlu dicari, mereka sendiri datang ke arah kami. Goncangan & taburan kibble merancakkan
lagi suasana.
berkumpul : satu demi satu datang menuju ke arah kami
memori terindah : santapan di malam hari
seruan manja : memanggil lagi kucing-kucing ke arah kami
Kebanyakkan mereka sihat & dalam keadaan bersih.. Hanya
segelintir sahaja yang dalam keadaan sakit. Mungkin juga rakyat johor yang
berdekatan atau yang singgah ke pasar borong suka memberi makanan kepada
kucing. Kucing di sini lebih kepada kurangnya belaian manusia, meminta-minta
diberi tempat pelindungan lebih selesa. ada yang ajak bermain, ikut kami dari
hadapan ke belakang deretan kedai & ada juga yang mengesel-gesel minta
dibelai
lorong-lorong tempat mereka menagih simpati manusia
Banyak orang mengatakan, jika hendak buang kucing, buang ke
pasar. Mungkinkah kucing yang kami beri makan ini kucing kamu?? Tapi dimana
istilah ‘pet’ : haiwan peliharaan. Haiwan yang dibela ketika senang, ketika
susah, ketika sihat & ketika sakit?? Jadi hentikanlah pembuangan kucing.
Kamu menzalimi mereka & mungkin kucing yang kamu buang jadi seperti kucing ini (perlukan rawatan)
Atau lebih teruk seperti ini…
kucing ini menghidapi penyakit sporotrichosis.
Secara dasarnya, program ini bertujuan membuka mata
masyarakat yang kita juga boleh membantu kucing-kucing terbiar dengan mengambil
mereka ataupun member mereka makan/ bawa untuk rawatan jika sakit. InsyaAllah,
program ini akan berterusan di masa akan datang & mengharapkan lebih ramai
sukarelawan.
banyak lagi gambar aktiviti boleh dilihat di dalam album : Pasar Borong Pandan City
TERUSKAN PERJUANGAN MENYELAMATKAN HAIWAN TERBIAR DARI TERUS
TERBIAR & TERBIAR…
Doc A