Keep Your Friends Close




Posted in | 0 comments

Pekan Nenas Part 2 : Perfect Little Accident


sambungan bahagian kedua pusat pelindungan haiwan di Pekan Nenas

 Keriuhan pusat pelindungan mulai didengari kembali setelah jam 2pm. Ada juga beberapa peserta yang pulang balik disebabkan mempunyai rancangan yang tidak dapat dielakkan. Dan ada juga yang datang disebelah petang untuk turut serta.

Dr Marlia memberi sedikit suntikan semangat kepada peserta-peserta. Maklumlah, ada yang pertama kalinya memegang anjing. Inikan pula memandikan anjing dengan sabun berubat, lagilah tidak pernah. Beliau juga menegaskan yang tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak mahu turut serta memandikan anjing, jika mahu melihatkan dari jauh juga boleh. kedatangan mereka pun sudah mengembirakan admin WFC & pemilik pusat pelindungan itu tersebut.

Acara memandikan anjing bermula. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Walaupun perasaan takut masih ada menyelubungi setiap peserta, digagahkan kaki masuk ke dalam kawasan anjing. Apabila melihat betapa comel & baiknya anjing-anjing di sini, sedikit sebanyak perasaan takut mereka mula hilang. 







Yang berani & biasa tangkap & memandikan anjing, menunjukkan cara memandikan anjing. peserta-peserta yang tidak biasa mula mendekati sedikit demi sedikit. tangan mula diletakkan di badan anjing dalam keadaan berjaga-jaga. sebelah tangan lagi diletakkan di atas badan anjing. perasaan takutnya mula menghilang. menolong juga memandikan anjing.


Anjing-anjing di pusat pelindungan haiwan ini mempunyai kutu yang agak banyak. Jika diselak di celah-celah kaki & bawah badan, ada sahaja kutu yang boleh didapati. Kutu sangat-sangat bahaya kepada anjing kerana kutu boleh membawa virus, parasit & lain-lain jangkitan kepada anjing. Pemilik pusat pelindungan haiwan ini amat berbangga dengan usaha setiap peserta ini. Beliau berharap sedikit sebanyak, sebaran kutu yang ada di pusat pelindungan haiwan milik beliau akan berkurangan. 


Dalam masa yang sama peserta melihat cara rawatan Dr Marlia & Dr Azeem merawat anjing yang luka berulat. Agak mengerikan juga bila dipertontonkan dikhayalak ramai, akan tetapi ini realitinya kehidupan anjing & kucing jalanan. Harap mereka dapat bayangkan bagaimana lagi teruknya keadaan haiwan jalanan yang masih belum diselamatkan. Ada yang bergaduh sesama sendiri, badannya luka akibat benda tajam di jalan, dilanggar & lebih teruk lagi dipukul oleh manusia yang tidak berhati perut.

Rawatan oleh Dr Marlia
Hampir 2 jam masa diambil oleh peserta-peserta untuk memandikan anjing. kemudian, mereka yang beragama islam bersertu (samak) di pusat pelindungan haiwan ini dan ada juga mandi menggunakan sabun taharah ini di Masjid.

Sebelum bergerak menuju haluan masing-masing, kesemua peserta-peserta mengambil gambar kenang-kenangan. kenangan yang mungkin menjadi kenangan termanis bersama haiwan & WFCians. Jiwa & lara tetap disanubarikan hanya untuk selamatkan haiwan jalanan.


Sedang asyik peserta-peserta sibuk melihat gambar yang di paparkan dalam WFC, WFCians disentapkan dengan teguran dari salah satu peserta yang tidak dapat hadir. Agak panjang perbalahan itu sehingga sedar-sedar dibahaskan dalam 'open group'. Harap semua WFCians tidak cepat melenting dengan tindakan dia. Semoga semua dapat pelajari banyak benda dari perbalahan ini


Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama seorang peserta sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.


Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
"lepas ni boleh mandikan babi"
"anjing itu haram dipegang" 
"perempuan ini hanya berpakaian seperti islam,tetapi bukan islam"

Hampir 1 1/2 muka surat Sin Chew Daily menyiarkan cerita mengenai program ini. Kita tunggu sahaja majalah Jinak menceritakannya pula. 

Pada kami di sini, program ini dapat membuka mata ramai orang (Islam atau bukan Islam). Dari mereka yang tidak tahu tentang najis mughalazah ni, jadi tahu apanya dia. Dari mereka cetek ilmu, mereka dalaminya lagi. Dari mereka sukar mengertu menggunakan tanah, sabun taharah diperkenalkan. Kami mengambil dari sudut positif apa yang berlaku

Pada kami, program ini dikira berjaya bagi kami. kesemua yang dirancangkan berjalan seperti yang dirancangkan. Jika ada kekurangan, kami memohan kemaafan kepada segala kesalahan kami secara langsung atau tidak langsung. Ukhwah antar WFCians menjadi rapat. Selepas program ini, kami berkenalan dengan ramai pencinta-pencinta haiwan yang dulunya hanya dikenali di laman sesawang. Syabas kami ucapkan kepada semua peserta-peserta program ini.


I CAN'T DO ANYTHING TO STRAY ANIMAL, BUT I CAN DO SOMETHING



Posted in | 0 comments

Through Many Dangers, Snares and Travail

4 September 2012

Kisah kucing yang dikatakan dipotong ekornya dipaparkan dari 'page' NGO penyelamat haiwan yang dijumpai berdekatan Hotel New York, JB. Bergegas penyelamat-peyelamat haiwan ke kawasan persekitaran hotel untuk mencari kucing itu termasuk dua orang admin WFC (Hafizan aka DC & Azman Ahmad). Dikhabarkan Azman yang baru touch down dari KLIA di Senai Airport bergegas ke sana dalam pencarian kucing ini. Walaupun hujan renyai-renyai, penyelamat-penyelamat haiwan masih lagi mencari kucing berkenaan. Di sebabkan kawasan persekitaran berdekatan dengan jalan besar, usaha untuk mencari  agak sukar dan juga beberapa kawasan letak kereta yang berhampiran juga diperiksa dalam usaha mencari  kucing ini. Temu bual di antara mereka bersama peniaga stim boat di situ, mereka memang perasan kucing ini sentiasa berkeliaran di persekitaran kawasan tersebut, cuma agak dukacita malam itu kucing tersebut tidak timbul menunjukkan diri.  Malam makin larut, penyelamat haiwan mula pulang ke rumah masing masing & menyambung kembali esok hari. Hafizan ada meninggalkan kad peniagaannya kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan itu.

5-6 September 2012

Pencarian kucing malang ini berterusan tetapi masih gagal dijumpai. Hanya harapan agar kucing tersebut akan selamat sehingga mereka menjumpainya.

7 September 2012

Hafizan mendapat panggilan dari salah seorang peniaga berdekatan hotel. Peniaga terbabit ternampak kelibat kucing tersebut berkeliaran di gerainya.jam 1:30 pagi. Sampai di sana, 10 minit Hafizan mencarinya dan akhirnya jumpa. Perasaan sayu menyelubungi beliau. melihatkan keadaan kucing itu yang sangat-sangat kotor, kelaparan, tidak berdaya & luka yang terlalu dalam dibahagian pinggulnya. Peniaga itu memberikan makanan kepada kucing yang dinamakan NEYO (NEw YOrk) & dengan lahap, Neyo memakannya sambil memandang peniaga itu tanda ucapan terima kasih


Hafizan dalam masa yang sama meminta pertolongan penyelamat haiwan yang lain untuk menghubungi klinik atau doktor veterinar yang mereka kenal untuk diwadkan Neyo. Maklumlah di JB, tiada klinik yang buka di awal-awal pagi. Dari Bandar Baru Uda ke Tampoi ke Johor Jaya pula, semua klinik veterinar tutup. Akhirnya Kak Sue berjaya meminta bantuan staff Klinik Haiwan Tiram untuk mengwadkan NEYO. Jam 4 pagi, klinik dibuka oleh Fitri.

Doktor Marlia mendapat panggilan dari Kak Sue menyatakan kucing yang dipotong ekornya sudah berada di kliniknya. Doktor Marlia meminta Doktor Azeem untuk datang ke klinik (klinik tutup pada hari jumaat). Dr Marlia ketika itu berada di KL atas urusan keluarga

Melihatkan keadaan Neyo seperti itu & luka Neyo berulat, Neyo dibiuskan dan luka Neyo dicuci & ulat semua dibuang. Neyo juga dimasukkan air melalui salur darahnya & diberikan antibiotik & ubat tahan sakit.

Kompilkasi yang mungkin terjadi pada Neyo ialah : kesukaran membuang najisnya, kaki belakangnya akan cacat & jangkitan kuman ke seluruh badan (septicaemia) 





Keadaan Neyo yang dikatakan ekornya dipotong adalah tidak benar sam sekali. Luka Neyo seperti itu disebabkan Neyo berada di dalam injin kereta ketika injin kereta sedang dihidupkan. Bukan disebabkan didera atau dipukul.

Neyo semakin hari, semakin kering lukanya. selera makannya bertambah baik. bengkak lukanya juga semakin susut & tulang yang tercucuk di dagingnya kini jelas kelihatan

16 September 2012

Sekali lagi Neyo dibiuskan dan dicabut tulang ekor yang terlekat di dagingnya. Kehadiran Hafizan & Aida melawat Neyo ke klinik memberi harapan baru kepada Neyo. Neyo yang masih dalam keadaan tidak sedar ketika itu. Ketika itu juga diberitahu yang Neyo mungkin akan cacat kaki belakangnya. Neyo sudah menampakkan tanda-tanda kakinya mengalami masalah saraf



Akhir September 2012

Neyo sekarang sudah pulih. Lukanya sekarang sudah ditutupi dengan kulit. Neyo bebas melakukan aktiviti hariannya.


7 Oktober 2012

Kunjungan rakan-rakan dari WFC dan KMFC (selepas program lawatan ke Shelter Pekan Nenas) ke Klinik Haiwan Tiram untuk melawat Neyo.Sehingga hari ini, Neyo dalam keadaan normal & sihat. 

Alhamdulillah, berkat usaha & tawakal semua pihak terutamanya Hafizan telah menyelamatkan seekor lagi kucing jalanan. 

Note : Neyo telah menjadikan kami admin berkenalan dengan Hafizan & Azman Ahmad. sehingga kami jadikan mereka sebagai admin WFC.



Posted in Labels: | 0 comments

Lucky Lakin



Ketika menunggu kehadiran bas di perhentian bas Larkin, Kak Sue (Admin WFC) terlihat kehadiran kucing bewarna kuning yang kelihatan seperti jaguh di sini. Kak Sue datang mengusap-usapnya dan secara tidak sengaja ternampak luka dibahagian kaki kanan hadapan. Terus 2 gambar diambil & dipaparkan di dalam WFC



Oleh kerana, Kak Sue menunggu bas ke kampung halamannya atas urusan keluarga, bantuan segera diperlukan daripada WFCians untuk menyelamatkan Lakin, nama yang diberi kepada kucing tersebut untuk dibawa untuk rawatan susulan.

Linda Jay dengan pantas menawakan diri untuk menyelamatkannya & bergegas menuju ke Klinik Veterinar Johor Bahru yang terletak berhampiran Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Johor Bahru.  Luka Lakin dicuci dan diberikan ubat antibiotik & ubat tahan bengkak oleh klinik kerajaan itu.  Kemudian, Lakin dibawa ke Klinik Haiwan Tiram untuk rawatan susulan & menjaganya sehingga Lakin jumpa tuan barunya.

Luka dicuci di Klinik Kerajaan.
 Kos rawatan, penjagaan Lakin selama 39 hari dari tarikh 11 September 2012 & pemandulannya ditanggung oleh seorang yang berhati mulia. Saya suka kata-kata beliau (lebih kurang macam gini dia cakap)


Saya boleh tolong mana yang patut, siapa saya tidak usah diberitahu. saya tanggung semua penbelanjaan kucing ini. Bagi saya jika seseorang itu pencinta haiwan, dia patut tanggung risiko sehingga kucing ini menerima tuan baru. Saya bantu kak sue, sebab dia pernah bantu saya.Tapi saya tak suka bila dalam kes lain, orang selamatkan kucing, dia lepas tangan sahaja. 



Akhirnya, WFC mendapat mesej dari Iman Ibtisam . Beliau sedang mencari kucing betina yang besar. Akan tetapi, saya mengesyorkan Lakin. Beliau menyetujuinya & merancang mengambilnya. Beliau tinggal di Batu Pahat, tetapi sanggup ke Tiram untuk mengambil Lakin.

Ini dia Iman Ibtisam bersama Lakin. Sekarang namanya ditukarkan kepada Lucky. Harap Lucky/Lakin selesa bersama tuannya yang baru & tuannya selesa dengannya. Tak boleh tahan suara dia yang suka menegur orang, sangat unik.




Ini antara kucing yang berjaya diselamatkan bila WFCians semua bekerjasama. Walaupun kes Lakin tidak seteruk mana, akan tetapi, kemurahan hati WFCians yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sedikit sebanyak membantu mengubah kehidupan kucing ini.

 

Trial by magic, End with triumphant 




Posted in Labels: , | 2 comments

Pekan Nenas Part 1 : The First Baby



Apa perasaan awak semua apabila melihat gambar ini??



Mesti geram dan mahu terus menghidupkan injin kereta, pergi ke tempat pelindungan kucing/anjing. Tidak terbalas Dr Marlia apabila gambar yang diambilnya di pusat pelindungan ini ditanya oleh WFCians.

Cetusan idea admin WFC, lawatan amal dirancang untuk membawa sebahagian WFCians ke pusat pelindungan. Mula-mula dirancang hanya 20-30 orang akan ke pusat pelindungan itu, tetapi bila Kakimotong Fan Club & Kami Pencinta Kucing juga mahu turut serta, terus kami membuka penyertaan sehingga 100 orang. Walaupun kami sudah mencecah 100 orang, masih tidak putus-putus lagi orang mahu bersama dalam program ini


Kami berlima, turun padang berbincang mengenai susur atur program. Pening juga kepala memikirkan perjalanan aktiviti ini. Admin WFC bersama dua wakil dari pihak shelter berbincang bagi memastikan kelancaran program terbabit

Dua hari berturut-turut admin pergi ke pusat pelindungan ini bagi melancarkan lagi aktiviti ini. Maklumlah, ini program pertama kami yang besar. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan, peraturan & perjalanan aktiviti diatur dan di hebahkan di WFC. 








Terlihat ketidak sabaran peserta-peserta yang bakal mengikuti aktiviti ini. Mungkin ada yang tidak tidur malam memikirkan keseronokkan bakal berlaku. Kami sangat-sangat kagum dengan peserta yang datang dari Tanjung Malim. Serta juga jutaan terima kasih kami kepada PH & peserta yang datang dari Lembah Klang.

Matahari mula menyinar di pagi 7hb Oktober 2012. Dr Marlia & Dr Azeem bertolak dari Ulu Tiram seawal jam 7.00 pagi untuk menyerahkan beberapa peralatan kepada Hafizan aka Dik Cerdas. Kak Sue & Abg Azman pula ditempatkan di Masjid Pekan Nenas untuk menunggu kehadiran peserta-peserta.
Banner mula dipasang, into shelter muka dibuka…


Menunggu peserta-peserta yang dijadualkan tiba jam 9 pagi


 Kak Sue mula memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan. Terpancar muka kagum diulami kepenatan yang tesembunyi di muka Kak Sue


Peserta mula dibawa ke pusat pelindungan setelah kereta mereka diletakkan di Masjid berdekatan dengan pusat pelindungan. Muka peserta-peserta mula-mula menjejakkan kaki ke pusat pelindungan kelihatan begitu kagum & seronok. Begitu hebat pemilik pusat pelindungan haiwan ini menjaga kucing & anjing yang ada di sana. Baru luaran mereka dah rasa kagum, inikan pula bila melihat sendiri kucing & anjing di dalam

.
 Peserta diminta membersihkan kawasan luar pusat pelindungan haiwan dulu. Bersungguh-sungguh benar mereka membersihkan kawasan luar sehinggakan ada yang terlajak ke belakang pusat pelindungan. Tabik 100% kepada peserta-peserta yang sanggup membersihkan sehingga ke belakang pusat pelindungan haiwan.
Kata-kata semangat dipancarkan dari Kak Sue & Dr Marlia serta peserta – peserta dipekenalkan siapa tuan tanah. Secara peribadi kami menyifatkan Madam Yap sangat-sangat berhikmah & berhati mulia. Muka dia sahaja boleh mengambarkan betapa sayangnya dia kepada kucing dan anjing di bawah jagaan beliau.

Aktiviti di seksyen kucing bermula. Biar gambar-gambar dibawah menceritakan segalanya









Pelbagai aksi dirakam oleh jurukamera terlatih WFC, Azman Ahmad


















Walaupun kepenatan, hati mereka seperti tidak sabar untuk aktiviti di sebelah petang. Ada yang sudah mula main-main dengan anjing-anjing yang menyalak menyambut kehadiran peserta. Tapi mereka perlukan tenaga. 1 ½ jam diberikan kepada mereka untuk berehat sambil membersihkan diri untuk solat. Makanan nasi beriani khas dari Pekan Nenas diberikan kepada setiap peserta.

Kami bersedia dengan aktiviti disebelah petang. Peserta bagaimana? Kita tunggu reaksi mereka di sambungan kedua.



Posted in Labels: , | 2 comments

Risikan khabar Pasar Borong Pandan




Cetusan idea Jue Ramli untuk merancang program ke Pasar Borong Pandan, JB membuatkan admin WFC menyetujuinya. Lantas, sebaran demi sebaran mengenai rancangan ini dilakukan di WFC selama 2 hari. Tarikh keramat 14 October 2012, mulanya  program ‘seketika bersama haiwan jalanan’. Kenapa malam isnin??: sebab pasar borong tutup malam isnin,tak usah berebut parking. 


Jam 9 malam, kami berkumpul di Pasar Borong Pandan. Semasa tunggu yang lain di hadapan Pasaraya Hwa Tai, kelibat kucing mula kelihatan. Satu persatu datang bila ‘kibbles’ mula diletakkan di tepi jalan. Aroma & tarikan ‘kibbles’ menarik lebih ramai lagi kucing datang ke arah kami.


 kucing-kucing disini sangat manja & mudah mendekati manusia.

Semuanya sudah berkumpul, kami (15 orang semuanya) bergerak dari arah pasaraya ke belakang. Mata masing-masing berkeliaran mencari kucing & seperti tidak perlu dicari, mereka sendiri datang ke arah kami.  Goncangan & taburan kibble merancakkan lagi suasana. 

berkumpul : satu demi satu datang menuju ke arah kami 

  
memori terindah : santapan di malam hari

seruan manja : memanggil lagi kucing-kucing ke arah kami

 

Kebanyakkan mereka sihat & dalam keadaan bersih.. Hanya segelintir sahaja yang dalam keadaan sakit. Mungkin juga rakyat johor yang berdekatan atau yang singgah ke pasar borong suka memberi makanan kepada kucing. Kucing di sini lebih kepada kurangnya belaian manusia, meminta-minta diberi tempat pelindungan lebih selesa. ada yang ajak bermain, ikut kami dari hadapan ke belakang deretan kedai & ada juga yang mengesel-gesel minta dibelai 


lorong-lorong tempat mereka menagih simpati manusia






Banyak orang mengatakan, jika hendak buang kucing, buang ke pasar. Mungkinkah kucing yang kami beri makan ini kucing kamu?? Tapi dimana istilah ‘pet’ : haiwan peliharaan. Haiwan yang dibela ketika senang, ketika susah, ketika sihat & ketika sakit?? Jadi hentikanlah pembuangan kucing. Kamu menzalimi mereka & mungkin kucing yang kamu buang jadi seperti kucing ini (perlukan rawatan)

Atau lebih teruk seperti ini…

 kucing ini menghidapi penyakit sporotrichosis.

Secara dasarnya, program ini bertujuan membuka mata masyarakat yang kita juga boleh membantu kucing-kucing terbiar dengan mengambil mereka ataupun member mereka makan/ bawa untuk rawatan jika sakit. InsyaAllah, program ini akan berterusan di masa akan datang & mengharapkan lebih ramai sukarelawan.

banyak lagi gambar aktiviti boleh dilihat di dalam album : Pasar Borong Pandan City

TERUSKAN PERJUANGAN MENYELAMATKAN HAIWAN TERBIAR DARI TERUS TERBIAR & TERBIAR…

Doc A



Posted in Labels: , |