Through Many Dangers, Snares and Travail

4 September 2012

Kisah kucing yang dikatakan dipotong ekornya dipaparkan dari 'page' NGO penyelamat haiwan yang dijumpai berdekatan Hotel New York, JB. Bergegas penyelamat-peyelamat haiwan ke kawasan persekitaran hotel untuk mencari kucing itu termasuk dua orang admin WFC (Hafizan aka DC & Azman Ahmad). Dikhabarkan Azman yang baru touch down dari KLIA di Senai Airport bergegas ke sana dalam pencarian kucing ini. Walaupun hujan renyai-renyai, penyelamat-penyelamat haiwan masih lagi mencari kucing berkenaan. Di sebabkan kawasan persekitaran berdekatan dengan jalan besar, usaha untuk mencari  agak sukar dan juga beberapa kawasan letak kereta yang berhampiran juga diperiksa dalam usaha mencari  kucing ini. Temu bual di antara mereka bersama peniaga stim boat di situ, mereka memang perasan kucing ini sentiasa berkeliaran di persekitaran kawasan tersebut, cuma agak dukacita malam itu kucing tersebut tidak timbul menunjukkan diri.  Malam makin larut, penyelamat haiwan mula pulang ke rumah masing masing & menyambung kembali esok hari. Hafizan ada meninggalkan kad peniagaannya kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan itu.

5-6 September 2012

Pencarian kucing malang ini berterusan tetapi masih gagal dijumpai. Hanya harapan agar kucing tersebut akan selamat sehingga mereka menjumpainya.

7 September 2012

Hafizan mendapat panggilan dari salah seorang peniaga berdekatan hotel. Peniaga terbabit ternampak kelibat kucing tersebut berkeliaran di gerainya.jam 1:30 pagi. Sampai di sana, 10 minit Hafizan mencarinya dan akhirnya jumpa. Perasaan sayu menyelubungi beliau. melihatkan keadaan kucing itu yang sangat-sangat kotor, kelaparan, tidak berdaya & luka yang terlalu dalam dibahagian pinggulnya. Peniaga itu memberikan makanan kepada kucing yang dinamakan NEYO (NEw YOrk) & dengan lahap, Neyo memakannya sambil memandang peniaga itu tanda ucapan terima kasih


Hafizan dalam masa yang sama meminta pertolongan penyelamat haiwan yang lain untuk menghubungi klinik atau doktor veterinar yang mereka kenal untuk diwadkan Neyo. Maklumlah di JB, tiada klinik yang buka di awal-awal pagi. Dari Bandar Baru Uda ke Tampoi ke Johor Jaya pula, semua klinik veterinar tutup. Akhirnya Kak Sue berjaya meminta bantuan staff Klinik Haiwan Tiram untuk mengwadkan NEYO. Jam 4 pagi, klinik dibuka oleh Fitri.

Doktor Marlia mendapat panggilan dari Kak Sue menyatakan kucing yang dipotong ekornya sudah berada di kliniknya. Doktor Marlia meminta Doktor Azeem untuk datang ke klinik (klinik tutup pada hari jumaat). Dr Marlia ketika itu berada di KL atas urusan keluarga

Melihatkan keadaan Neyo seperti itu & luka Neyo berulat, Neyo dibiuskan dan luka Neyo dicuci & ulat semua dibuang. Neyo juga dimasukkan air melalui salur darahnya & diberikan antibiotik & ubat tahan sakit.

Kompilkasi yang mungkin terjadi pada Neyo ialah : kesukaran membuang najisnya, kaki belakangnya akan cacat & jangkitan kuman ke seluruh badan (septicaemia) 





Keadaan Neyo yang dikatakan ekornya dipotong adalah tidak benar sam sekali. Luka Neyo seperti itu disebabkan Neyo berada di dalam injin kereta ketika injin kereta sedang dihidupkan. Bukan disebabkan didera atau dipukul.

Neyo semakin hari, semakin kering lukanya. selera makannya bertambah baik. bengkak lukanya juga semakin susut & tulang yang tercucuk di dagingnya kini jelas kelihatan

16 September 2012

Sekali lagi Neyo dibiuskan dan dicabut tulang ekor yang terlekat di dagingnya. Kehadiran Hafizan & Aida melawat Neyo ke klinik memberi harapan baru kepada Neyo. Neyo yang masih dalam keadaan tidak sedar ketika itu. Ketika itu juga diberitahu yang Neyo mungkin akan cacat kaki belakangnya. Neyo sudah menampakkan tanda-tanda kakinya mengalami masalah saraf



Akhir September 2012

Neyo sekarang sudah pulih. Lukanya sekarang sudah ditutupi dengan kulit. Neyo bebas melakukan aktiviti hariannya.


7 Oktober 2012

Kunjungan rakan-rakan dari WFC dan KMFC (selepas program lawatan ke Shelter Pekan Nenas) ke Klinik Haiwan Tiram untuk melawat Neyo.Sehingga hari ini, Neyo dalam keadaan normal & sihat. 

Alhamdulillah, berkat usaha & tawakal semua pihak terutamanya Hafizan telah menyelamatkan seekor lagi kucing jalanan. 

Note : Neyo telah menjadikan kami admin berkenalan dengan Hafizan & Azman Ahmad. sehingga kami jadikan mereka sebagai admin WFC.



Posted in Labels: |

0 comments:

Post a Comment