Beauty & The Breathtaking Guy
Posted On Sunday, 25 November 2012 at at 23:52 by Azeem
Kisah
ini sangat menyayat hati. Gambar-gambarnya juga agak mengerikan. Tapi dari
kisah ini kita dapat lihat betapa pilunya kehidupan kucing ini.
Lucky namanya sebelum ditukar menjadi beauty mungkin merupakan kucing terbiar di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kelibat Lucky disedari oleh pelajar-pelajar INSTEDT dalam keadaan bibir atasnya tiada dan masih belum kering lukanya. Lantas mereka mengambil gambar kucing ini dan post di WUJUD.

Pelbagai komen diberikan ketika gamba ini di post & salah seorang yang melihat gambar ini, tag nama Azman Ahmad. Ketika pulang ke rumah, dalam keadaan masih kepenatan Azman mengomen gambar itu & meminta admin WUJUD untuk berkomunikasi dengannya. Setelah berjaya mengenalpasti lokasi sebenar Lucky, Azman bergegas bersama isterinya, Azlinda Md Talib dari Kulai ke Tanjung Balau mencari Lucky bersama-sama pelajar-pelajar INSTEDT.
Alangkah sayunya hati mereka melihat keadaan
kucing ini yang sungguh daif. Badanya penuh dengan semut, seperti menunggu
saat-saat kematiannya sahaja. Apatah lagi melihat lukanya yang begitu teruk.
Bibir & hidungnya tiada. Sangkaan mereka Lucky mungkin diserang kera.
Jam menunjukkan tepat jam 1 pagi. Tiada klinik yang buka di waktu-waktu sebegini. Azman hanya ada number telefon peribadi Dr Marlia & Dr Azeem sahaja yang ketika itu berada di Port Dickson menghadiri mesyuarat. Apa yang termampu, Azman & isterinya memberikan apa-apa cara untuk membolehkan Lucky makan sehingga akhirnya Lucky makan wet food yang sangat-sangat cair.
Dr Marlia menanyakan pendapat beberapa doktor yang berpengalaman, mereka semua menyatakan Lucky perlu diberikan suntikan mati (PTS). Kerana luka di mulut akan menyebabkan mudah kuman untuk masuk ke rongga mulut & hidung dan merosakkan organ-organ dalaman Lucky. Akan tetapi melihatkan Lucky ada selera makan & aktif, doktor mana yang sanggup meyuntik mati kucing seperti Lucky.
Pagi keesokkan harinya, Lucky dikelihatan agak bermaya berbanding semalam. Azlinda memandikannya kerana badanya yang sangat kotor sementara menunggu kehadiran Staff Klinik Haiwan Tiram. Lucky yang kemudian ditukar nama Beauty kemudiaannya dibawa ke Klinik Haiwan Tiram.

Di klinik, Dr memasukkan air melalui salur darah (IV drip) bagi
mengembalikan kadar air dalam badan serta membuang pathogen yang ada dalam
darah kerana Beauty mempunya luka yang terdedah. Juga Beauty mempunyai kurap
& cirit birit yang kebiasaannya ditemui di kucing-kucing jalanan. Oleh
kerana keadaan mulutnya seperti itu, tiada ubat diberikan secara oral &
makanan yang diberikan hanyalah wet food. Dari hari pertama di wadkan, selera
Beauty nampak baik. sehari, Beauty boleh menghabiskan 1 tin wet food.
Lukanya semakin kering hari demi hari. Beauty diberi kebebasan bergerak
di sekitar klinik setiap hari ketika staff klinik sedang membersihkan
sangkarnya. Beauty dijadualkan pulang ke rumah Azman pada hujung minggu
(9/11/12). Akan tetapi Azman ketika itu sibuk dengan urusan kerjanya.
14 November 2012, Beauty mula menunjukkan tanda-tanda tiada selera
makan. Tapi masih aktif. Kemungkinan lukanya yang sudah menjadi septicaemia.
Air mula dimasukkan semula (iv drip) pada 15 November 2012 setelah 2 hari
Beauty tidak makan. Ketika itu mula kelihatan gusi Beauty mula rosak akibat
jangkitan kuman dan kemungkinan besar menyebabkan beauty tiada selera makan.
19 November 2012, Beauty menghembuskan nafasnya yg terakhir dengan
keadaan gusinya yg busuk & lidahnya terdapat ulcer. Mayat Beauty dibawa
balik oleh Azman ke rumahnya untuk ditanam.
Kos rawatan Beauty ditanggung sepenuhnya oleh Azman Ahmad.
p/s : Walaupun sangkaan baik Azman menyatakan Beauty digigit kera.
Tetapi, ramai yang melihatnya menyatakan yang dia kemungkinan dicederakan oleh
manusia. Jika kera, pasti ada luka di bahagian lain. ini hanya di kawasan
mulutnya sahaja.
Post a Comment