Stranger Loves Company
Posted On Tuesday, 20 November 2012 at at 02:20 by Azeem
Salam tahun baru semua. Diharapkan semua ada azam baru
termasuk ingin memberi pelindungan terbaik kepada haiwan perliharaan dan juga
haiwan jalanan yang masih lagi mencari pelindungan.
Kebanyakkan WFCians merupakan penyelamat-penyelamat haiwan
terbiar & terseksa. Saya dapat melihat bagaimana aktifnya wall WFC dengan
paparan iklan haiwan yang diselamakan. Ada yang berjaya diselamatkan dan
membesar dengan riang gembira. Ada pula yang berjaya diselamatkan tetapi
menemui Penciptanya selang beberapa hari.
Apa yang merisaukan saya penjagaan atau cara bagaimana
haiwan itu dibawa ke rumah. Secara tidak sengaja kita membawa 1001 penyakit yg
boleh berjangkit pada haiwan & kadang kala juga membahayakan kesihatan kita
bila seseorang itu mengalami imunisasi yang rendah. WFC akan memberitahu 7
langkah yang patut anda lakukan jika menyelamatkan haiwan jalanan.
- Bawa dia ke klinik haiwan yang berdekatan. Jika jumpa di waktu malam atau ketika klinik tutup, bawa balik ke rumah tetapi diletakkan di kawasan berjauhan dengan haiwan perliharaan anda. Paling baik dikurungkan dalam sangkar dan ditempatkan di belakang rumah dulu. Pastikan ada tempat pelindungan dari hujan/panas. Haiwan yang kita bawa tu walaupun nampak sihat tapi dia boleh jadi pembawa pelbagai penyakit ke rumah anda. Pernah terjadi penyelamat haiwan membawa kucing yang nampak sihat, tetapi membawa penyakit parvovirus ke rumahnya. Keseluruhan kucing dirumahnya dijangkiti parvovirus dan 3 ekor daripadanya mati.
- Ketika mengendalikannya, pastikan memegang haiwan itu berhati-hati. Kita tidak tahu kemungkinan haiwan itu ada kerosakan dalaman atau kecederaan. Dengan memegangnya “gently”, kecederaan haiwan itu mungkin akan kurang parah.
- Pujuk & belai haiwan yang anda baru jumpa itu. Haiwan itu mungkin dalam keadaan ketakutan atau mengalami trauma daripada perbuatan manusia. Jika anda cakap elok-elok, haiwan itu akan memahami yang kita datang untuk membantu
- Selepas dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, tempatkanlah di kawasan yang bukan kawasan lalu lalang orang & berjauhan dengan haiwan perliharaan ada untuk masa 2 minggu. Kuarantin dulu haiwan yang baru jumpa. Jika ada tanda-tanda membawa penyakit, haiwan ini akan menunjukkannya dalam tempoh 10 hari.
- Jangan membiarkan haiwan yang dijumpai terlalu aktif. Kurung dalam sangkar lebih baik. Pelbagaikan makanan dan biar haiwan itu membuat pilihan makanan yang hendak dimakannya
- Jangan paksa haiwan yang baru dijumpai itu untuk melakukan aktiviti yang dia belum biasa seperti; kurung dalam bilik air, mandikan, atau sebagainya. Haiwan terbiar biasanya mempunyai pengalaman pahit seperti disiram air, dikurung atau sebagainya ketika dijalanan atau semasa ditangan tuan lamanya.
- Jangan tahannya terlalu lama jika anda tdak ingin membelanya. Jika anda hanya ingin mengubatinya atau memandulkannya sahaja, lepaskan kembali atau cari tuan baru selepas semua urusan selesai.
Jangan
berhenti menyelamatkan haiwan yang terbiar & terseksa. Bantuan sekecil anda
ini boleh mengubah nasib mereka jika kita bersatu
Post a Comment