Pekan Nenas Part 2 : Perfect Little Accident


sambungan bahagian kedua pusat pelindungan haiwan di Pekan Nenas

 Keriuhan pusat pelindungan mulai didengari kembali setelah jam 2pm. Ada juga beberapa peserta yang pulang balik disebabkan mempunyai rancangan yang tidak dapat dielakkan. Dan ada juga yang datang disebelah petang untuk turut serta.

Dr Marlia memberi sedikit suntikan semangat kepada peserta-peserta. Maklumlah, ada yang pertama kalinya memegang anjing. Inikan pula memandikan anjing dengan sabun berubat, lagilah tidak pernah. Beliau juga menegaskan yang tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak mahu turut serta memandikan anjing, jika mahu melihatkan dari jauh juga boleh. kedatangan mereka pun sudah mengembirakan admin WFC & pemilik pusat pelindungan itu tersebut.

Acara memandikan anjing bermula. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Walaupun perasaan takut masih ada menyelubungi setiap peserta, digagahkan kaki masuk ke dalam kawasan anjing. Apabila melihat betapa comel & baiknya anjing-anjing di sini, sedikit sebanyak perasaan takut mereka mula hilang. 







Yang berani & biasa tangkap & memandikan anjing, menunjukkan cara memandikan anjing. peserta-peserta yang tidak biasa mula mendekati sedikit demi sedikit. tangan mula diletakkan di badan anjing dalam keadaan berjaga-jaga. sebelah tangan lagi diletakkan di atas badan anjing. perasaan takutnya mula menghilang. menolong juga memandikan anjing.


Anjing-anjing di pusat pelindungan haiwan ini mempunyai kutu yang agak banyak. Jika diselak di celah-celah kaki & bawah badan, ada sahaja kutu yang boleh didapati. Kutu sangat-sangat bahaya kepada anjing kerana kutu boleh membawa virus, parasit & lain-lain jangkitan kepada anjing. Pemilik pusat pelindungan haiwan ini amat berbangga dengan usaha setiap peserta ini. Beliau berharap sedikit sebanyak, sebaran kutu yang ada di pusat pelindungan haiwan milik beliau akan berkurangan. 


Dalam masa yang sama peserta melihat cara rawatan Dr Marlia & Dr Azeem merawat anjing yang luka berulat. Agak mengerikan juga bila dipertontonkan dikhayalak ramai, akan tetapi ini realitinya kehidupan anjing & kucing jalanan. Harap mereka dapat bayangkan bagaimana lagi teruknya keadaan haiwan jalanan yang masih belum diselamatkan. Ada yang bergaduh sesama sendiri, badannya luka akibat benda tajam di jalan, dilanggar & lebih teruk lagi dipukul oleh manusia yang tidak berhati perut.

Rawatan oleh Dr Marlia
Hampir 2 jam masa diambil oleh peserta-peserta untuk memandikan anjing. kemudian, mereka yang beragama islam bersertu (samak) di pusat pelindungan haiwan ini dan ada juga mandi menggunakan sabun taharah ini di Masjid.

Sebelum bergerak menuju haluan masing-masing, kesemua peserta-peserta mengambil gambar kenang-kenangan. kenangan yang mungkin menjadi kenangan termanis bersama haiwan & WFCians. Jiwa & lara tetap disanubarikan hanya untuk selamatkan haiwan jalanan.


Sedang asyik peserta-peserta sibuk melihat gambar yang di paparkan dalam WFC, WFCians disentapkan dengan teguran dari salah satu peserta yang tidak dapat hadir. Agak panjang perbalahan itu sehingga sedar-sedar dibahaskan dalam 'open group'. Harap semua WFCians tidak cepat melenting dengan tindakan dia. Semoga semua dapat pelajari banyak benda dari perbalahan ini


Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama seorang peserta sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.


Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
"lepas ni boleh mandikan babi"
"anjing itu haram dipegang" 
"perempuan ini hanya berpakaian seperti islam,tetapi bukan islam"

Hampir 1 1/2 muka surat Sin Chew Daily menyiarkan cerita mengenai program ini. Kita tunggu sahaja majalah Jinak menceritakannya pula. 

Pada kami di sini, program ini dapat membuka mata ramai orang (Islam atau bukan Islam). Dari mereka yang tidak tahu tentang najis mughalazah ni, jadi tahu apanya dia. Dari mereka cetek ilmu, mereka dalaminya lagi. Dari mereka sukar mengertu menggunakan tanah, sabun taharah diperkenalkan. Kami mengambil dari sudut positif apa yang berlaku

Pada kami, program ini dikira berjaya bagi kami. kesemua yang dirancangkan berjalan seperti yang dirancangkan. Jika ada kekurangan, kami memohan kemaafan kepada segala kesalahan kami secara langsung atau tidak langsung. Ukhwah antar WFCians menjadi rapat. Selepas program ini, kami berkenalan dengan ramai pencinta-pencinta haiwan yang dulunya hanya dikenali di laman sesawang. Syabas kami ucapkan kepada semua peserta-peserta program ini.


I CAN'T DO ANYTHING TO STRAY ANIMAL, BUT I CAN DO SOMETHING



Posted in |

0 comments:

Post a Comment