Pekan Nenas Part 1 : The First Baby
Posted On Sunday, 21 October 2012 at at 18:31 by Azeem
Apa perasaan awak semua apabila melihat gambar ini??
Mesti geram dan mahu terus menghidupkan injin kereta, pergi
ke tempat pelindungan kucing/anjing. Tidak terbalas Dr Marlia apabila gambar
yang diambilnya di pusat pelindungan ini ditanya oleh WFCians.
Cetusan idea admin WFC, lawatan amal dirancang untuk membawa
sebahagian WFCians ke pusat pelindungan. Mula-mula dirancang hanya 20-30 orang
akan ke pusat pelindungan itu, tetapi bila Kakimotong Fan Club & Kami Pencinta Kucing juga mahu turut serta, terus kami membuka penyertaan sehingga
100 orang. Walaupun kami sudah mencecah 100 orang, masih tidak putus-putus lagi
orang mahu bersama dalam program ini
Kami berlima, turun padang berbincang mengenai susur atur
program. Pening juga kepala memikirkan perjalanan aktiviti ini. Admin WFC
bersama dua wakil dari pihak shelter berbincang bagi memastikan kelancaran
program terbabit
Dua hari berturut-turut admin pergi ke pusat pelindungan ini
bagi melancarkan lagi aktiviti ini. Maklumlah, ini program pertama kami yang besar.
Akhirnya kata sepakat dikeluarkan, peraturan & perjalanan aktiviti diatur
dan di hebahkan di WFC.
Terlihat ketidak sabaran peserta-peserta yang bakal mengikuti aktiviti ini. Mungkin ada yang tidak tidur malam memikirkan keseronokkan bakal berlaku. Kami sangat-sangat kagum dengan peserta yang datang dari Tanjung Malim. Serta juga jutaan terima kasih kami kepada PH & peserta yang datang dari Lembah Klang.
Matahari mula menyinar di pagi 7hb Oktober 2012. Dr Marlia
& Dr Azeem bertolak dari Ulu Tiram seawal jam 7.00 pagi untuk menyerahkan
beberapa peralatan kepada Hafizan aka Dik Cerdas. Kak Sue & Abg Azman pula
ditempatkan di Masjid Pekan Nenas untuk menunggu kehadiran peserta-peserta.
Banner mula dipasang, into shelter muka dibuka…
Menunggu peserta-peserta yang dijadualkan tiba jam 9 pagi
Kak Sue mula memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan. Terpancar muka kagum diulami kepenatan yang tesembunyi di muka Kak Sue
.
Peserta diminta membersihkan kawasan luar pusat pelindungan haiwan dulu. Bersungguh-sungguh benar mereka membersihkan kawasan luar sehinggakan ada yang terlajak ke belakang pusat pelindungan. Tabik 100% kepada peserta-peserta yang sanggup membersihkan sehingga ke belakang pusat pelindungan haiwan.
Kata-kata semangat dipancarkan dari Kak Sue & Dr Marlia
serta peserta – peserta dipekenalkan siapa tuan tanah. Secara peribadi kami
menyifatkan Madam Yap sangat-sangat berhikmah & berhati mulia. Muka dia
sahaja boleh mengambarkan betapa sayangnya dia kepada kucing dan anjing di
bawah jagaan beliau.
Aktiviti di seksyen kucing bermula. Biar gambar-gambar dibawah menceritakan segalanya
Pelbagai aksi dirakam oleh jurukamera terlatih WFC, Azman Ahmad
Walaupun kepenatan, hati mereka seperti tidak sabar untuk aktiviti di sebelah petang. Ada yang sudah mula main-main dengan anjing-anjing yang menyalak menyambut kehadiran peserta. Tapi mereka perlukan tenaga. 1 ½ jam diberikan kepada mereka untuk berehat sambil membersihkan diri untuk solat. Makanan nasi beriani khas dari Pekan Nenas diberikan kepada setiap peserta.
Kami bersedia dengan aktiviti disebelah petang. Peserta
bagaimana? Kita tunggu reaksi mereka di sambungan kedua.
suka entri kat pekan neas ni, uhuhuhu
sebab gambar dia ada