Mandulkan haiwan anda!!

KENAPA PERLU DIMANDULKAN KUCING & ANING??


  1. Untuk kesihatan haiwan perliharaan anda.

    Memandulkan haiwan perliharaan anda dapat memanjangkan umur haiwan perliharaan & menjamin kesihatan haiwan perliharaan. (kucing : + 3 – 5 tahun, anjing : + 1 – 3 tahun). Ketika musim mengawan, kucing & anjing anda mudah mendapat penyakit berjangkit dari kucing lain. Kadang kala penyakit berjangkit yang berbahaya seperti parvovirus boleh dijangkiti oleh kucing anda ketika musim mengawan selain daripada kurap, kutu, kulat & cacing.Selain itu penyakit yang boleh didapati melalai “love bite” seperti FIV & FELV.

    M
    emandulkan kucing betina boleh mengurangkan kebarangkalian barah ovari & barah payudara (
    ovarian cancer & breast cancer). Lagi-lagi rendah kebarangkalian jika dimandulkan sebelum kitaran estrus haiwan yang pertama. Memandulkan kucing jantan boleh mengurangkan kebarangkalian barah testis & penyakit prostate ( testicular cancer & prostate disease)

  2. Kebaikan kepada pemilik haiwan perliharaan.

    Haiwan perliharaan yang sudah dimandulkan lebih manja & sesuai dijadikan kucing di dalam rumah. Haiwan perliharaan jantan akan kurang/tiada kencing sebagai tanda (spray territory) & anda akan tidak nampak perangai garang kucing yang biasa kelihatan pada haiwan yang belum dimandulkan. Juga akan mengurangkan haiwan-haiwan jalanan berada dikawasan rumah anda memikat haiwan anda di dalam rumah ketika haiwan betina anda sedang dalam kitaran estrus.

    Juga, haiwan perliharaan akan suka tinggal di dalam satu kawasan, tidak melarikan diri sehingga berlaku kemalangan yang tak diingini atau bergaduh dengan haiwan lain. Yang paling penting, memandulkan haiwan perliharaan anda akan mengurangkan kebarangkalian penyakit seperti barah berlaku yang boleh memerlukan ribuan ringgit untuk kos merawatnya.
  3. Bagus untuk masyarakat

    Di Malaysia terlalu banyak kucing & anjing terbiar yang boleh dijumpai di jalan-jalan, cuba untuk meneruskan hidup dengan makanan yang tidak seberapa. Jangan menambah populasi haiwan terbiar daripada anak-anak haiwan anda. Selain itu, akan member lebih bebanan pada majlis perbandaran & pusat lindungan haiwan di Malaysia jika terlalu banyak haiwan di jalanan. Juga penambahan haiwan jalanan menambahkan lagi penyiksaan pada haiwan seperti kemalangan, kanak-kanak membuli haiwan atau kejadian digigit anjing jalanan.

    MITOS MENGENAI HAIWAN PERLIHARAAN YANG DIMANDULKAN
    • Akan menjadi gemuk & pemalas

      Berat badan tidak akan naik disebabkan member lebih makanan pada haiwan anda. Ini terjadi disebabkan makanan yang diberikan tidak lagi digunakan untuk pekembangan organ reroduksi. Jaga permakanan yang anda beri pada haiwan anda. Selalu meluangkan masa bermain dengan haiwan anda untuk memastikan sentiasa dalam berat badan yang ideal. Haiwa lebih mudah bermain dengan tuan dia selepas dimandulkan.
    • Perlu member peluang kepada haiwan betina untuk beranak sekali

      Tiada apa-apa kesan baik jika anda membiarkan haiwan anak beranak sekali sekiranya anda betul-betul tidak mahu anak daripada haiwan anda. Lebih memburukkan lagi peratusan haiwan anda mendapat barah payudara lebih tinggi dari haiwan yang anda mandulkan sebelum datangkan kitaran estrus
    • Zakat fitrah

      Zakat fitrah diturunkan untuk manusia. Allah maha mengetahui, Dia pasti tahu mengenai kucing yang akan dimandulkan oleh manusia sebelum kucing dijadikan lagi. Tetapi persoalannya kenapa tidak wujud dalil dari 4 sumber utama kita mengatakan kucing perlu dibayar zakat selepas dimandulkan sebab kita menghalang fitrahnya. Anda memang boleh bayar jika kucing anda sebelum ini manusia tetapi disumpah menjadi kucing. Atau anda ternak kucing lebih 40 ekor untuk dijadikan ternakan (makanan). Jadi, tiada istilah membayar zakat fitrah untuk kucing.
    • Berdosa

      Melalui ijma' ulama' telah sepakat mengatakan pemandulan adalah diharuskan bagi menjaga kesejahteraan haiwan (kucing & anjing). Bila difikirkan balik, ketika kucing anda miang & berlakunya kecederaan atau mendapat penyakit kemudian anda biarkan, itu lagi berdosa. Itu belum lagi jika anda membuang anak-anak kucing yang masih menyusu. lagi kejam.

     Perlu diingatkan kepada semua pemilik haiwan kesayangan. Setiap zuriat haiwan perliharaan anda yang anda buang merupakan tanggungjawab anda. Jika anda membuang 2 ekor sahaja kucing (jantan betina) di jalanan. dalam 3 tahun dijangkakan populasi dari 2 ekor kucing/anjing tadi boleh menjadi 347 ekor. Itu belum lagi 10 tahun. Bertambahlah penyebaran penyakit berjangkit & bertambahlah kekejaman terhadap haiwan jalanan.




    Jangan jadi sumber berlakunya penambahan haiwan jalanan. MANDULKAN HAIWAN PERLIHARAAN ANDA





Posted in Labels: |

0 comments:

Post a Comment