WIRA NEUTER WEEK : Klinik Haiwan Tiram



WIRA HONORS NEUTER WEEK merupakan program pertama yang diadakan oleh WIRA selepas didaftarkan sebagai sebuah kelab berorganisasi. Matlamat program ini adalah memberi kesempatan kepada pemilik-pemilik kucing untuk memandulkankan kucing mereka dengan harga yang murah & mengelakkan daripada haiwan perliharaan anda daripada membiak tanpa kawalan. Selain daripada itu, RM10 daripada setiap seekor kucing yang dimandulkan akan disumbang dalam dana WIRA bagi membantu haiwan jalanan yang memerlukan.

Maklumat mengenai program ini :
Tarikh : 17 Disember 2012 - 23 Disember 2012 (kecuali hari jumaat) 
Lokasi : Klinik Haiwan Tiram, No 21, Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram, 81800 Johor Bahru
No Telefon : 07-8632419
Harga pemandulan :

Borang pendaftran boleh didapati di Klinik Haiwan Tiram atau meminta borang melalui email : wira20112012@gmail.com dengan meletakkan subjek (Wira Neuter Week).

*setiap hari kami hanya menerima 10 ekor sahaja

TERMA DAN SYARAT PEMANDULAN

  1. Pastikan kucing yang hendak dimandulkan perlulah mencapai umur yang sesuai untuk dimandulkan.
    a) kucing betina : 5 bulan ke atas atau berat lebih dari 2kg
    b) kucing jantan : 6 bulan ke atas (terbaik 1 tahun ke atas) & lebih  daripada 2 kg
  2. Pastikan kucing anda tidak bunting. Sekiranya bunting, pihak klinik berhak tidak memandulkan kucing anda.
  3. Pastikan kucing anda dipuasakan sebelum dihantar ke klinik. Kucing perlu tidak diberi makanan & minuman pada waktu pagi sebelum hantar untuk pemandulan & dikurung dalam sangkar
  4. Sila bawa kucing anda pada hari yang sudah ditetapkan dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari. Kucing perlu diambil kembali pada hari yang sama pada jam 6 petang hingga 8 malam pada hari yang sama. Sebarang perubahan akan diberitahu melalui panggilan telefon.
  5. Kucing yang tidak diambil akan dikenakan bayaran tambahan RM10/sehari untuk kos boarding
  6. Hanya kucing kampung/kampung bulu panjang/kacukan parsi diterima. Sebarang baka-baka exotik tidak akan dilayan
  7.  Promosi pemandulan hanya sah pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Harga kembali kepada asal selepas tamat tempoh pemandulan.
  8. Kucing yang sudah dimandulkan perlulah dikurung dalam sangkar selama 5 hari dan tidak memandikan kucing dalam tempoh seminggu selepas proces pemandulan. Pastikan juga luka pembedahan dalam keadaan kering & tiada pasir/kotoran melekat.
  9. Bawa kembali kucing ke klinik jika ada sebarang masalah & pastikan kucing anda sentiasa dipantau dalam seminggu selepas pemandulan.
\



Posted in |

0 comments:

Post a Comment