Don't Stop Believing, WFCians
Posted On Monday, 15 October 2012 at at 10:44 by Azeem
Sekitar pertengahan bulan Mei 2012, penyelamat-penyelamat
haiwan terbiar di Malaysia digemparkan dengan entri status FB dari Kak Sue
mengenai seekor kucing yang dijumpainya berlubang sehingga tengkoraknya
kehilatan.
YA ALLAH, KUCING BERADA DI SEKOLAH, KEPALA DIA BERLUBANG,DAH BERULAT..SAPA BOLEH BANTU..BAGI MAKANAN BASAH.DIA CUMA MINUM AIR..X THU KENAPA.? Mungkin..gaduh.mungkin kena ketuk..tempurung kepala dia pecah.....
Pelbagai andaian yang diberikan kenapa kucing ini boleh jadi
begini. Ada yang kata disiksa oleh manusia, luka akibat kemalangan, tercucuk
benda tajam & macam-macam lagi. Itu semua tidak penting, yang penting
kucing ini perlu diselamatkan & dihantar ke klinik haiwan dengan segera.
Pasukan gerakan mencarinya bermula. Akhirnya kucing ini ditemui di Pasti Pasir
Gudang dan dibawa oleh Kak Sue,
- Kawasan dahinya sebelah kiri luka sebesar 2 cm x 1.5 cm dengan kedalaman menampakkan tengkoraknya. Penuh dengan tisu mati, nanah & ulat lalat
- Badan kehilangan banyak air
- Kemungkinan jangkitan kuman merebak di dalam badan (septicaemia)
- ‘alert’ tetapi dalam keadaan lemah
Dr Marlia mula memasukkan air melalui salur darahnya dan memberinya ubat pelali bagi memudahkan process mencuci luka & membuang ulat lalat yang ada dalam luka. Luka di cuci hampir 2 jam. Terlalu banyak ulat lalat berperingkat usia yang perlu dibuang, tisu mati & kulit yang perlu dicuci.
Sedar dari ubat pelali, WIRA ada menunjukkan selera makan. WIRA mula mengiau –giau kepada Dr Marlia seperti ucapan terima kasih kerana merawatnya. Akan tetapi, Dr Marlia menjangkakan WIRA akan menunjukkan komplikasi dalaman. Hanya doa & tawakal sahaja boleh diberi kepada WIRA agar WIRA cepat sembuh.
Beberapa hari diwadkan, WIRA mula aktif, lukanya semakin
kering & nampak raut wajah seekor kucing. Jika sebelum ini, rupa kucing pun
tidak kelihatan, wira mula berjalan-jalan di dalam klinik menunjukkan
tanda-tanda positif.
Walaupun WIRA aktif & makan secara normal, WIRA masih
lagi belum sembuh sepenuhnya. Dr Marlia mula merasakan ada organ dalaman yang
rosak terutamanya kedua-dua buah pinggang WIRA bengkak mungkin disebabkan impak
septicaemia. Luka WIRA terlalu lama, septicaemia pasti berlaku.
Wira mula menunjukkan tanda-tanda lemah kembali. Air dimasukkan
kembali melalui salur darah. Sehari demi sehari WIRA semakin lemah. Hanya seketika
diberi peluang untuk melihat telatah & perangainya. Suara, gerak gerinya
kini menyepi di dalam klinik. Hanya duduk di dalam sangkar sahaja. Doa tidak
putus-putus daripada peminat-peminat WIRA melalui Wira Fans Club.
Dr Marlia telah megamanahkan kawannya iaitu Dr Firhanis
untuk acap kali semasa peninggalan beliau untuk menjenguk & memberikan
rawatan kepada WIRA. Dr Firhanis terpaksa ulang alik dari Bandar Baru Uda ke
Ulu Tiram hanya memastikan WIRA sentiasa dapat bekalan air yang secukupnya,
ubat yang perlu diberi & prognosis WIRA.
Akan tetapi, tuhan lebih menyayangi WIRA. Wira dipaparkan
sebagai kucing jalanan yang diabaikan akhirnya mati pada hari ke-15 selepas
ditemui. Punca utama ialah kerosakkan kedua-dua buah pinggang akibat jangkitan
kuman dalam badan akibat luka lama yang agak besar di bahagian kepala. Seperti
tidak dijangka, WIRA yang dulunya menunjukkan tanda-tanda sihat untuk beberapa
hari, akhirnya mati akibat komplikasi dalaman yang teruk. Tiada apa-apa cara
yang boleh mengubati apabila kedua-dua buah pinggang rosak. Apa-apa pun, saya
tahu WIRA amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang menghargainya,
menyayanginya, merawatnya & menjadikan kehidupannya begitu indah walaupun
untuk seketika.
Atas dasar keperluan, WIRA FANS CLUB ditubuhkan sama hari
WIRA ditemui. Mulanya memang bertujuaan untuk member info terkini mengenai WIRA.
Akan tetapi, sedikit demi sedikit, WFC merubah wajah menjadi page untuk menyuarakan kerja-kerja amal mencari
& menyelamatkan haiwan-haiwan jalanan & terbiar.
WFCians mula bertambah hari demi hari. Saya merasakan rakyat
Malaysia hari demi hari mula menyedari kepentingan menjaga & menyelamatkan
haiwan terbiar. Pelbagai gambar kucing & anjing terbiar & memerlukan
pertolongan dipaparkan & dikongsi bagi memudahkan proses menyelamatkan
haiwan tersebut. Semuanya atas asbab pemenuan WIRA
WIRA, kau tetapi dalam ingatan kami WFCians. Moga lebih
ramai lagi rakyat Malaysia perihatin pada haiwan terbiar & perlu
diselamatkan.
WIRA LAGENDA KAMI, WFCians
Subhanallah
Tahniah WFCians, kerana WIRA kita bersatu. WIRA telah menjadi satu anjakan paradigma dalam usaha menyelamat haiwan jalanan.Saya percaya, selepas ini akan lebih ramai lagi pencinta haiwan yang akan turut serta dlm aktiviti2 menyelamatkan haiwan jalanan terutamanya kucing dan anjing. Bagi yang tidak dapat terlibat secara langsung, lakukanlah tanggungjawab ini dengan semampunya. Semoga apa yang kita lakukan mampu menjadi contoh kepada ramai lagi pencinta haiwan di luar sana. Ingatlah, usaha "kecil" kita ini besar maknannya kepada haiwan2 yang juga layak mendapat hak untuk hidup dengan lebih selesa di muka bumi ini. Gagallah kita sebagai khalifah di muka bumi jika kita membiarkan kezaliman dan kesengsaraan walaupun terhadap haiwan terus berleluasa. Semoga usaha kita mendapat ganjaran selayaknya di SANA nanti.. Insya Allah..
:-(