Out of Sight, Out of Mind

Bagaimana nasib haiwan jalanan apabila mereka tidak dihiraukan malah dijadikan sebagai sumber kacau ganggu manusia.

Persoalannya, dari manakah kucing & anjing itu datang? bukankah dari manusia yang menjadikan mereka jalanan. 




Posted in | 0 comments

Program TNA (trap, nueter & adopt) - Pasar Borong Pandan, JB.


Program TNA (trap, nueter & adopt) bakal diadakan selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadhan ini. Kawasan yang dipilih ialah Pasar Borong Pandan, JB.

Program ini merupakan cadangan & hasil kerjasama bersama warga Singapura yang kebanyakkannya tinggal di sini. Dalam masa terdekat ini Pengarah & Penolong pengarah (Rosidah Mohamed Rahim & Dr Marlia) sedang membentuk team dari kedua-dua belah pihak (Singapura & Malaysia)

Bantuan kewangan diperlukan bagi membantu program ini terlaksana. Buat masa ini, kami bercadang untuk mencari keluarga angkat untuk kesemua kucing-kucing ini. Langkah terakhir, kami akan tempatkan mereka di mini shelter yang bakal di uruskan oleh team ini.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun

Singapore Bank Account
POSB Savings Account (152-05897-7)

Kami juga memerlukan beberapa orang lagi untuk membantu ketua-ketua BIRO melancarkan program ini. Segala maklumat selanjutnya akan kami update di wall WFC



Posted in | 0 comments

SIGHS OF THE HEART

Pertandingan SEMUA BOLEH JADI WIRA yang diadakan untuk bulan Mac ini adalah untuk menyedarkan semua orang yang kucing yang dahulunya diambil dari jalanan dalam keadaan tidak terurus akhirnya boleh menjadi kucing yang cantik jika dijaga dengan betul.

Sebanyak 12 peserta yang menghantar kepada kami gambar kucing mereka dulu & terkini. Akhirnya hampir 2 minggu gambar kucing dipaparkan dalam WFC, ini 3 pemenang yang berjaya memikat hari WFCians

Pemenang tempat pertama :

  
OBY pemiliknya Siti Rahayu (343 undian)

Pemenang tempat kedua :

Lucky pemiliknya Rini (320 undian)

Pemenang tempat ketiga
 
 
Blue pemiliknya Apple apples (227 undian) 


Kepada pemenang kami mengucapkan tahniah. Juga jutaan penghargaan kami berikan kepada semua peserta. kerana bagi kami anda semua adalah WIRA.

Hadiah pemenang pertama berupa cat tree sumbangan Klinik Haiwan Tiram bernilai RM150. Hadiah tempat kedua merupakan hamper barangan penjagaan kucing bernilai RM75 sumbangan WIRA. Hadiah tempat ketiga ialah barang penjagaan kucing bernilai RM50 sumbangan individu. 






Posted in | 0 comments

New deal.... 2013

Salam 2013 kepada semua WFCians semua,

Sepanjang tahun 2012, WIRA yang baru setahun jagung ditubuhkan yang pada permulaanya hanya sebuah page dalam facebook dan kini bergerak setapak menubuhkan persatuan WIRA. Pelbagai coretan suka & duka WIRA alami sepanjang tahun 2012.

14 Mei 2012, Page WIRA FANS CLUB dibuka atas dasar ingin memberitahu pekembangan Wira dan dalam masa yang sama menjadi medium penyampai bagi kes-kes haiwan jalanan khususnya di negeri Johor. Page ini yang ditubuhkan oleh 3 orang yang bersusah payah membantu menyelamatkan Wira dan membawanya ke klinik haiwan & salah seorangnya ialah Kak Sue

Dan kini terdapat 6 admin WFC yang 5 daripadanya merupakan ahli jawatankuasa kelab WIRA. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh WIRA sepanjang tahun 2012






Dan pada tahun 2013 ini, awal tahun ini WIRA akan membuka keahlian dengan pelbagai kelebihan khususnya sesiapa yang tinggal di Johor & Negeri Sembilan.

WIRA juga merangka pelbagai aktiviti menarik sepanjang 2013. Ada aktiviti-aktiviti yang sama seperti tahun 2012 & ada yang baru. NANTIKAN SAHAJA!!!



Muse with WIRA

Carta Organisasi Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar, Johor Bharu, Johor

KaSSeH (Kami Suka Selamatkan Haiwan)


PENGERUSI : Suriani Jantan
 

NAIB PENGERUSI : Dr Marlia Zulkapli 


SETIAUSAHA : Dr Muhammad Azim Abd Rahim 


NAIB SETIAUSAHA : Azman Ahmad 


BENDAHARI : Mohd Hafizan Othman 


AJK :  
  1. Azlinda Md Talib 
  2. Kamariah Md. Yunus
  3. Siti Sulaiha Bakar 





Posted in Labels: | 0 comments

We All Scream for NEUTERING WEEK

WIRA Neutering Week merupakan aktiviti pertama WIRA bagi mengumpul dana WIRA. Alhamdulillah, program itu berjalan dengan lancar. Tujuan besar program selain bagi mengumpul dana WIRA, dalam masa yang sama adalah mengajar WFCians semua pentingnya memandulkan kucing.

Peserta terbanyak menghantar kucing untuk dimandulkan ialah Azman Ahmad & Aida Aris yang menghantar masing-masing 5 ekor. Untuk tempoh seminggu, 35 ekor kucing berjaya dimandulkan. Masing-masing pula tanpa sebarang komplikasi.


 Antara kucing yang dimandulkan

Kucing yang dimandulkan

Kucing jantan yang sudah bersedia untuk dimandulkan. pengsan selepas diberi ubat bius

 Kucing jantan yang akan dimandulkan

Kawasan yang akan dibelah bagi kucing betina

Sistem peranakan yang dibuang dalam proces pemandulan

Program ini berjaya menyumbangkan RM350 kepada WIRA. Program pemandulan ini bakal menyusul kembali tahun 2013. 




Posted in Labels: , | 0 comments

Tom met Queen


Video ini disediakan oleh Dr Ana Kadir. Bagaimana populasi kucing & anjing semakin hari semakin banyak. Tolong!! Mandulkan kucing anda.



Posted in | 0 comments