Prevention (Now or Never)




Cegah dulu sebelum kena. Itu ungkapan yang selalu dikaitkan berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga dengan kesihatan haiwan perliharaan anda terutamanya kucing. Mereka perlukan pencegahan awal dari penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kucing. Terdapat tiga pencegahan yang anda boleh lakukan pada kucing anda. Kenapa beri pencegahan penyakit? Kita sedia maklum yang kucing perliharaan anda menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kucing sentiasa sihat. Pencegahan penyakit boleh memastikan kucing sentiasa dalam keadaan kesihatan yang optimum


  1. Vaksin (immunisasi)
Pengvaksinan adalah penting bagi memastikan kesihatan kucing perliharaan sentiasa sihat. Vaksin ialah pendedahan awal virus dalam kadar yang sedikit atau virus yang sudah dimatikan yang tidak menyebabkan kucing mendapat penyakit. Pendedahan awal ini membolehkan kucing membentuk antibody dalam badan.

Kebiasaannya vaksin 4 in 1 diberikan kepada kucing bagi mengelakkan kucing perliharaan anda mendapat pendedahan awal dari penyakit Feline Panleukopenia/Feline Parvovirus & penyakit Feline Upper Respiratory Disease.

Pengvaksinan perlu diberi ketika umur kucing melepasi 2 bulan. Ini kerana sebelum 2 bulan, kucing mendapat immunisasi dari ibunya (maternal immunity) yang disalurkan melalui placenta atau susu awalan. Antibody dari ibunya cukup untuk melindungi kucing sehingga umur 2 bulan sahaja. Jadi, penvaksinan perlu dilakukan pada kucing yang mencecah umur 2 bulan.

Oleh kerana badan perlu bertindak balas dengan vaksin yang disuntik, badan kucing mungkin akan sedikit panas, kucing akan kurang aktif dalam masa seminggu selepas divaksin. Perkara ini normal & kucing akan kembali aktif setelah tindak balas badan tamat.

Pengulangan vaksin perlu dilakukan bagi memastikan tahap antibody meningkat. Vaksin perlu dilakukan kembali ketika kucing berumur 3 bulan & umur 4 bulan. Pada suntikan yang ketiga, tahap vaksin akan sampai tahap optimum dan perlu diulang setiap setahun sekali sahaja.

Kandungan vaksin 4 in 1 (boleh menghalang jangkitan virus-virus berikut) :

  • Feline viral rhinotracheitis atau Feline herpesvirus merupakan salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease. Virus ini akan membiak di kawasan hidung, tekak & rongga antara mulut & hidung. Kucing akan kelihatan murung, bersin, kurang makan & demam. Juga kucing akan menghadapi selsema, keluar cecair dari mata & hidung sehingga kadang kala menyebabkan kucing batuk akibat cecair yg terlalu banyak di rongga pernafasan. Jangkitan bakteria menerukkan lagi keadaan kucing. 
  • Feline calicivirus juga salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease. Pada peringkat permulaan, kucing akan demam, murung & tiada selera makan. Tanda paling ketara ialah ilser dalam mulut, kebiasaannya pada lidah. Ini menyebabkan kucing tidak boleh makan. Boleh berjangkit kepada kucing lain. 
  • Feline panleukopenia ialah penyakit yang dikenali sebagai berak berdarah. Sangat-sangat mudah merebak & berjangkit kepada kucing terutamanya anak kucing. Kucing akan mula murung, tiada selera makan & cirit-birit berdarah. Kucing juga akan mengalami muntah yang teruk & akhirnya akan menyebabkan kehilangan banyak air dalam badan. Kebarangkalian untuk hidup setelah cirit-birit & muntah adalah tipis. 
  • Feline Chlamydia juga salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease yang menyebabkan conjunctivitis ( mata bengkak).  Pada permulaannya mata akan mula berair & bengkak di sebelah sahaja dan akhirnya boleh membawa kepada tahap kritikal bila mata mula membengkak & rosak.
      2.   Pencegahan endoparasit (cacing)

Hookworm, roundworm adalah cacing yang biasa ada pada kucing. Pemberian ubat cacing boleh mengurangkan risiko cacing yang terlalu banyak dalam usus kucing. Ubat cacing yang diberi akan mematikan cacing serta menyebabkan cacing akan keluar bersama-sama najis. Ubat cacing juga menghalang kucing daripada mendapat jangkitan cacing.

Ubat cacing patut diberi kepada kucing seawall umurnya 2 minggu dan diberikan setiap 2 minggu sehingga umurnya mencecah 2 bulan. Kemudian, ubat cacing perlu diberi setiap sebulan sehingga umurnya 6 bulan. Ubat cacing perlu diberi setiap 3 bulan sekali kemudiannya.
Pemberian ubat cacing boleh mengelakkan kucing daripada cirit-birit (cecair hingga berdarah) yang diakibatkan cacing, hilang selera makan & kurus. 



     3.   Pencegahan ectoparsit (kutu)

Flea, lice, mite adalah ectoparasit yang membawa kesan buruk kepada kucing. Walaupun sedikit, kutu boleh menyebabkan kulit kucing menjadi merah dan allegik. Juga kutu membawa virus/parasit darah yang boleh merosakkan system badan kucing. Kutu bukan sahaja membawa penyakit kulit sahaja pada kucing, juga disebabkan kutu membawa pelbagai virus/parasit, kutu secara tidak langsung membawa penyakit yang boleh merosakkan system dalaman kucing.

Pemberian ubat kutu sangat-sangat penting bagi mencegah kutu berada di kucing anda. Ubat kutu boleh diberikan setiap 2 bulan bermula umurnya sebulan.



Posted in |

0 comments:

Post a Comment