Beauty & The Breathtaking Guy



Kisah ini sangat menyayat hati. Gambar-gambarnya juga agak mengerikan. Tapi dari kisah ini kita dapat lihat betapa pilunya kehidupan kucing ini.

Lucky namanya sebelum ditukar menjadi beauty mungkin merupakan kucing terbiar di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kelibat Lucky disedari oleh pelajar-pelajar INSTEDT dalam keadaan bibir atasnya tiada dan masih belum kering lukanya. Lantas mereka mengambil gambar kucing ini dan post di WUJUD



Pelbagai komen diberikan ketika gamba ini di post & salah seorang yang melihat gambar ini, tag nama Azman Ahmad. Ketika pulang ke rumah, dalam keadaan masih kepenatan Azman mengomen gambar itu & meminta admin WUJUD untuk berkomunikasi dengannya. Setelah berjaya mengenalpasti lokasi sebenar Lucky, Azman bergegas bersama isterinya, Azlinda Md Talib dari Kulai ke Tanjung Balau mencari Lucky bersama-sama pelajar-pelajar INSTEDT.

 Alangkah sayunya hati mereka melihat keadaan kucing ini yang sungguh daif. Badanya penuh dengan semut, seperti menunggu saat-saat kematiannya sahaja. Apatah lagi melihat lukanya yang begitu teruk. Bibir & hidungnya tiada. Sangkaan mereka Lucky mungkin diserang kera.

Jam menunjukkan tepat jam 1 pagi. Tiada klinik yang buka di waktu-waktu sebegini. Azman hanya ada number telefon peribadi Dr Marlia & Dr Azeem sahaja yang ketika itu berada di Port Dickson menghadiri mesyuarat. Apa yang termampu, Azman & isterinya memberikan apa-apa cara untuk membolehkan Lucky makan sehingga akhirnya Lucky makan wet food yang sangat-sangat cair.

Dr Marlia menanyakan pendapat beberapa doktor yang berpengalaman, mereka semua menyatakan Lucky perlu diberikan suntikan mati (PTS). Kerana luka di mulut akan menyebabkan mudah kuman untuk masuk ke rongga mulut & hidung dan merosakkan organ-organ dalaman Lucky. Akan tetapi melihatkan Lucky ada selera makan & aktif, doktor mana yang sanggup meyuntik mati kucing seperti Lucky.

Pagi keesokkan harinya, Lucky dikelihatan agak bermaya berbanding semalam. Azlinda memandikannya kerana badanya yang sangat kotor sementara menunggu kehadiran Staff Klinik Haiwan Tiram. Lucky yang kemudian ditukar nama Beauty kemudiaannya dibawa ke Klinik Haiwan Tiram.

Di klinik, Dr memasukkan air melalui salur darah (IV drip) bagi mengembalikan kadar air dalam badan serta membuang pathogen yang ada dalam darah kerana Beauty mempunya luka yang terdedah. Juga Beauty mempunyai kurap & cirit birit yang kebiasaannya ditemui di kucing-kucing jalanan. Oleh kerana keadaan mulutnya seperti itu, tiada ubat diberikan secara oral & makanan yang diberikan hanyalah wet food. Dari hari pertama di wadkan, selera Beauty nampak baik. sehari, Beauty boleh menghabiskan 1 tin wet food.







Lukanya semakin kering hari demi hari. Beauty diberi kebebasan bergerak di sekitar klinik setiap hari ketika staff klinik sedang membersihkan sangkarnya. Beauty dijadualkan pulang ke rumah Azman pada hujung minggu (9/11/12). Akan tetapi Azman ketika itu sibuk dengan urusan kerjanya. 

14 November 2012, Beauty mula menunjukkan tanda-tanda tiada selera makan. Tapi masih aktif. Kemungkinan lukanya yang sudah menjadi septicaemia. Air mula dimasukkan semula (iv drip) pada 15 November 2012 setelah 2 hari Beauty tidak makan. Ketika itu mula kelihatan gusi Beauty mula rosak akibat jangkitan kuman dan kemungkinan besar menyebabkan beauty tiada selera makan.

19 November 2012, Beauty menghembuskan nafasnya yg terakhir dengan keadaan gusinya yg busuk & lidahnya terdapat ulcer. Mayat Beauty dibawa balik oleh Azman ke rumahnya untuk ditanam. 

Kos rawatan Beauty ditanggung sepenuhnya oleh Azman Ahmad. 

p/s : Walaupun sangkaan baik Azman menyatakan Beauty digigit kera. Tetapi, ramai yang melihatnya menyatakan yang dia kemungkinan dicederakan oleh manusia. Jika kera, pasti ada luka di bahagian lain. ini hanya di kawasan mulutnya sahaja.



Posted in Labels: , | 0 comments

Little rescue me!!

Menjadi rutin En Azman Ahmad & kebanyakkan WFCians memberi makan kepada kucing jalanan. Kali ini, En Azman Ahmad bergerak menuju ke kedai makan yang terkenal dengan tomyamnya di kawasan Kulai. Kelihatan kelibat beberapa ekor kucing di kawasan kedai makan ini. Ada yang menyedihkan anak kucing yang masih lagi menyusu pun berada di kawasan ini. Diberikan kibbles kepada mereka. Ada yang berlari menuju ke longgokkan kibbles seolah-olah kelaparan.

Kucing yang diberi makan oleh En Azman Ahmad

Tiba-tiba hatinya tersentuh apabila melihat anak kucing yang matanya sangat bengkak. mukanya dipenuhi hingus & lendihan mata yang sudah kering, tiada rupa kucing sekali pun. Dibuat keputusan untuk pulang ke rumah mengambil carrier untuk menghantar beberapa anak kucing itu ke klinik untuk rawatan.

Setibanya di sana, kelihatan longgokkan kibbles itu disimbahi air. seolah-olah ada yang menyirami air pada longgokan kibbles, memutuskan rezeki kucing-kucing. Geramnya hati beliau ketika itu, Sekali lagi, beliau pulang ke rumah, kali ini diambil pula sangkar untuk mengambil ibu & 5 ekor anaknya.

Kucing itu kemudiannya dibawa ke Klinik Hiwan Tiram untuk dirawat dan dicarikan adopter. Dirawat sebagai pesakit yang mendapat Feline Upper Respiratory Disease (FURD),  4 daripada 5 anak kucing itu kembali sihat.satu daripadanya yang sudah menunjukkan tanda-tanda teruk & mula tidak makan mati pada hari ke-6 di klinik.

Ibu dan 5 anaknya yang dibawa ke klinik

Setelah sihat, keempat-empat anak kucing itu di buka untuk adoption. Baru sehari sahaja diletakkan di hadapan klinik, seorang mak cik mengambil seekor anak kucing itu. Kemudian, 3 ekor lagi di pamerkan di WFC dan selang beberapa hari Aida Mustapa mengambilnya.

Anak kucing dibawah jagaan Aida Mustapa

Satu lagi kejayaan WFCians dapat menyelamatkan haiwan jalanan. Kos rawatan anak-anak kucing itu ditanggung sepenuhnya oleh Azman Ahmad & kos boarding mereka pula untuk 11 hari ditanggung oleh admin WFC.

Kini tinggal ibunya sahaja yang sudah dimandulkan. Masih dibuka untuk di adopt sehingga hujung bulan 11 ini. Jika tiada sesiapa yang berminat, Dr Marlia akan mengambilnya.



Posted in Labels: , | 0 comments

Stranger Loves Company



Salam tahun baru semua. Diharapkan semua ada azam baru termasuk ingin memberi pelindungan terbaik kepada haiwan perliharaan dan juga haiwan jalanan yang masih lagi mencari pelindungan.

Kebanyakkan WFCians merupakan penyelamat-penyelamat haiwan terbiar & terseksa. Saya dapat melihat bagaimana aktifnya wall WFC dengan paparan iklan haiwan yang diselamakan. Ada yang berjaya diselamatkan dan membesar dengan riang gembira. Ada pula yang berjaya diselamatkan tetapi menemui Penciptanya selang beberapa hari.









 Apa yang merisaukan saya penjagaan atau cara bagaimana haiwan itu dibawa ke rumah. Secara tidak sengaja kita membawa 1001 penyakit yg boleh berjangkit pada haiwan & kadang kala juga membahayakan kesihatan kita bila seseorang itu mengalami imunisasi yang rendah. WFC akan memberitahu 7 langkah yang patut anda lakukan jika menyelamatkan haiwan jalanan.
  1. Bawa dia ke klinik haiwan yang berdekatan. Jika jumpa di waktu malam atau ketika klinik tutup, bawa balik ke rumah tetapi diletakkan di kawasan berjauhan dengan haiwan perliharaan anda. Paling baik dikurungkan dalam sangkar dan ditempatkan di belakang rumah dulu. Pastikan ada tempat pelindungan dari hujan/panas.  Haiwan yang kita bawa tu walaupun nampak sihat tapi dia boleh jadi pembawa pelbagai penyakit ke rumah anda. Pernah terjadi penyelamat haiwan membawa kucing yang nampak sihat, tetapi membawa penyakit parvovirus ke rumahnya. Keseluruhan kucing dirumahnya dijangkiti parvovirus dan 3 ekor daripadanya mati.  
  2. Ketika mengendalikannya, pastikan memegang haiwan itu berhati-hati.  Kita tidak tahu kemungkinan haiwan itu ada kerosakan dalaman atau kecederaan. Dengan memegangnya “gently”, kecederaan haiwan itu mungkin akan kurang parah. 
  3. Pujuk & belai haiwan yang anda baru jumpa itu. Haiwan itu mungkin dalam keadaan ketakutan atau mengalami trauma daripada perbuatan manusia. Jika anda cakap elok-elok, haiwan itu akan memahami yang kita datang untuk membantu 
  4. Selepas dibawa ke klinik untuk pemeriksaan, tempatkanlah di kawasan yang bukan kawasan lalu lalang orang & berjauhan dengan haiwan perliharaan ada untuk masa 2 minggu. Kuarantin dulu haiwan yang baru jumpa. Jika ada tanda-tanda membawa penyakit, haiwan ini akan menunjukkannya dalam tempoh 10 hari.
  5. Jangan membiarkan haiwan yang dijumpai terlalu aktif. Kurung dalam sangkar lebih baik. Pelbagaikan makanan dan biar haiwan itu membuat pilihan makanan yang hendak dimakannya 
  6. Jangan paksa haiwan yang baru dijumpai itu untuk melakukan aktiviti yang dia belum biasa seperti; kurung dalam bilik air, mandikan, atau sebagainya. Haiwan terbiar biasanya mempunyai pengalaman pahit seperti disiram air, dikurung atau sebagainya ketika dijalanan atau semasa ditangan tuan lamanya. 
  7. Jangan tahannya terlalu lama jika anda tdak ingin membelanya. Jika anda hanya ingin mengubatinya atau memandulkannya sahaja, lepaskan kembali atau cari tuan baru selepas semua urusan selesai.



Jangan berhenti menyelamatkan haiwan yang terbiar & terseksa. Bantuan sekecil anda ini boleh mengubah nasib mereka jika kita bersatu



Posted in | 0 comments

Prevention (Now or Never)




Cegah dulu sebelum kena. Itu ungkapan yang selalu dikaitkan berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga dengan kesihatan haiwan perliharaan anda terutamanya kucing. Mereka perlukan pencegahan awal dari penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kucing. Terdapat tiga pencegahan yang anda boleh lakukan pada kucing anda. Kenapa beri pencegahan penyakit? Kita sedia maklum yang kucing perliharaan anda menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kucing sentiasa sihat. Pencegahan penyakit boleh memastikan kucing sentiasa dalam keadaan kesihatan yang optimum


  1. Vaksin (immunisasi)
Pengvaksinan adalah penting bagi memastikan kesihatan kucing perliharaan sentiasa sihat. Vaksin ialah pendedahan awal virus dalam kadar yang sedikit atau virus yang sudah dimatikan yang tidak menyebabkan kucing mendapat penyakit. Pendedahan awal ini membolehkan kucing membentuk antibody dalam badan.

Kebiasaannya vaksin 4 in 1 diberikan kepada kucing bagi mengelakkan kucing perliharaan anda mendapat pendedahan awal dari penyakit Feline Panleukopenia/Feline Parvovirus & penyakit Feline Upper Respiratory Disease.

Pengvaksinan perlu diberi ketika umur kucing melepasi 2 bulan. Ini kerana sebelum 2 bulan, kucing mendapat immunisasi dari ibunya (maternal immunity) yang disalurkan melalui placenta atau susu awalan. Antibody dari ibunya cukup untuk melindungi kucing sehingga umur 2 bulan sahaja. Jadi, penvaksinan perlu dilakukan pada kucing yang mencecah umur 2 bulan.

Oleh kerana badan perlu bertindak balas dengan vaksin yang disuntik, badan kucing mungkin akan sedikit panas, kucing akan kurang aktif dalam masa seminggu selepas divaksin. Perkara ini normal & kucing akan kembali aktif setelah tindak balas badan tamat.

Pengulangan vaksin perlu dilakukan bagi memastikan tahap antibody meningkat. Vaksin perlu dilakukan kembali ketika kucing berumur 3 bulan & umur 4 bulan. Pada suntikan yang ketiga, tahap vaksin akan sampai tahap optimum dan perlu diulang setiap setahun sekali sahaja.

Kandungan vaksin 4 in 1 (boleh menghalang jangkitan virus-virus berikut) :

  • Feline viral rhinotracheitis atau Feline herpesvirus merupakan salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease. Virus ini akan membiak di kawasan hidung, tekak & rongga antara mulut & hidung. Kucing akan kelihatan murung, bersin, kurang makan & demam. Juga kucing akan menghadapi selsema, keluar cecair dari mata & hidung sehingga kadang kala menyebabkan kucing batuk akibat cecair yg terlalu banyak di rongga pernafasan. Jangkitan bakteria menerukkan lagi keadaan kucing. 
  • Feline calicivirus juga salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease. Pada peringkat permulaan, kucing akan demam, murung & tiada selera makan. Tanda paling ketara ialah ilser dalam mulut, kebiasaannya pada lidah. Ini menyebabkan kucing tidak boleh makan. Boleh berjangkit kepada kucing lain. 
  • Feline panleukopenia ialah penyakit yang dikenali sebagai berak berdarah. Sangat-sangat mudah merebak & berjangkit kepada kucing terutamanya anak kucing. Kucing akan mula murung, tiada selera makan & cirit-birit berdarah. Kucing juga akan mengalami muntah yang teruk & akhirnya akan menyebabkan kehilangan banyak air dalam badan. Kebarangkalian untuk hidup setelah cirit-birit & muntah adalah tipis. 
  • Feline Chlamydia juga salah satu penyakit dalam kumpulan Feline respiratory disease yang menyebabkan conjunctivitis ( mata bengkak).  Pada permulaannya mata akan mula berair & bengkak di sebelah sahaja dan akhirnya boleh membawa kepada tahap kritikal bila mata mula membengkak & rosak.
      2.   Pencegahan endoparasit (cacing)

Hookworm, roundworm adalah cacing yang biasa ada pada kucing. Pemberian ubat cacing boleh mengurangkan risiko cacing yang terlalu banyak dalam usus kucing. Ubat cacing yang diberi akan mematikan cacing serta menyebabkan cacing akan keluar bersama-sama najis. Ubat cacing juga menghalang kucing daripada mendapat jangkitan cacing.

Ubat cacing patut diberi kepada kucing seawall umurnya 2 minggu dan diberikan setiap 2 minggu sehingga umurnya mencecah 2 bulan. Kemudian, ubat cacing perlu diberi setiap sebulan sehingga umurnya 6 bulan. Ubat cacing perlu diberi setiap 3 bulan sekali kemudiannya.
Pemberian ubat cacing boleh mengelakkan kucing daripada cirit-birit (cecair hingga berdarah) yang diakibatkan cacing, hilang selera makan & kurus. 



     3.   Pencegahan ectoparsit (kutu)

Flea, lice, mite adalah ectoparasit yang membawa kesan buruk kepada kucing. Walaupun sedikit, kutu boleh menyebabkan kulit kucing menjadi merah dan allegik. Juga kutu membawa virus/parasit darah yang boleh merosakkan system badan kucing. Kutu bukan sahaja membawa penyakit kulit sahaja pada kucing, juga disebabkan kutu membawa pelbagai virus/parasit, kutu secara tidak langsung membawa penyakit yang boleh merosakkan system dalaman kucing.

Pemberian ubat kutu sangat-sangat penting bagi mencegah kutu berada di kucing anda. Ubat kutu boleh diberikan setiap 2 bulan bermula umurnya sebulan.



Posted in | 0 comments

Keep Your Friends Close




Posted in | 0 comments

Pekan Nenas Part 2 : Perfect Little Accident


sambungan bahagian kedua pusat pelindungan haiwan di Pekan Nenas

 Keriuhan pusat pelindungan mulai didengari kembali setelah jam 2pm. Ada juga beberapa peserta yang pulang balik disebabkan mempunyai rancangan yang tidak dapat dielakkan. Dan ada juga yang datang disebelah petang untuk turut serta.

Dr Marlia memberi sedikit suntikan semangat kepada peserta-peserta. Maklumlah, ada yang pertama kalinya memegang anjing. Inikan pula memandikan anjing dengan sabun berubat, lagilah tidak pernah. Beliau juga menegaskan yang tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak mahu turut serta memandikan anjing, jika mahu melihatkan dari jauh juga boleh. kedatangan mereka pun sudah mengembirakan admin WFC & pemilik pusat pelindungan itu tersebut.

Acara memandikan anjing bermula. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan besar. Walaupun perasaan takut masih ada menyelubungi setiap peserta, digagahkan kaki masuk ke dalam kawasan anjing. Apabila melihat betapa comel & baiknya anjing-anjing di sini, sedikit sebanyak perasaan takut mereka mula hilang. 







Yang berani & biasa tangkap & memandikan anjing, menunjukkan cara memandikan anjing. peserta-peserta yang tidak biasa mula mendekati sedikit demi sedikit. tangan mula diletakkan di badan anjing dalam keadaan berjaga-jaga. sebelah tangan lagi diletakkan di atas badan anjing. perasaan takutnya mula menghilang. menolong juga memandikan anjing.


Anjing-anjing di pusat pelindungan haiwan ini mempunyai kutu yang agak banyak. Jika diselak di celah-celah kaki & bawah badan, ada sahaja kutu yang boleh didapati. Kutu sangat-sangat bahaya kepada anjing kerana kutu boleh membawa virus, parasit & lain-lain jangkitan kepada anjing. Pemilik pusat pelindungan haiwan ini amat berbangga dengan usaha setiap peserta ini. Beliau berharap sedikit sebanyak, sebaran kutu yang ada di pusat pelindungan haiwan milik beliau akan berkurangan. 


Dalam masa yang sama peserta melihat cara rawatan Dr Marlia & Dr Azeem merawat anjing yang luka berulat. Agak mengerikan juga bila dipertontonkan dikhayalak ramai, akan tetapi ini realitinya kehidupan anjing & kucing jalanan. Harap mereka dapat bayangkan bagaimana lagi teruknya keadaan haiwan jalanan yang masih belum diselamatkan. Ada yang bergaduh sesama sendiri, badannya luka akibat benda tajam di jalan, dilanggar & lebih teruk lagi dipukul oleh manusia yang tidak berhati perut.

Rawatan oleh Dr Marlia
Hampir 2 jam masa diambil oleh peserta-peserta untuk memandikan anjing. kemudian, mereka yang beragama islam bersertu (samak) di pusat pelindungan haiwan ini dan ada juga mandi menggunakan sabun taharah ini di Masjid.

Sebelum bergerak menuju haluan masing-masing, kesemua peserta-peserta mengambil gambar kenang-kenangan. kenangan yang mungkin menjadi kenangan termanis bersama haiwan & WFCians. Jiwa & lara tetap disanubarikan hanya untuk selamatkan haiwan jalanan.


Sedang asyik peserta-peserta sibuk melihat gambar yang di paparkan dalam WFC, WFCians disentapkan dengan teguran dari salah satu peserta yang tidak dapat hadir. Agak panjang perbalahan itu sehingga sedar-sedar dibahaskan dalam 'open group'. Harap semua WFCians tidak cepat melenting dengan tindakan dia. Semoga semua dapat pelajari banyak benda dari perbalahan ini


Benda yang paling panas sehingga menyebabkan kami (admin) tidak duduk diam apabila gambar Dr Marlia bersama seorang peserta sedang memandikan anjing dicanang sebagai gambar kontroversi. Gambar itu dipaparkan di salah satu page penyelamat haiwan untuk beberapa hari. sempat jugalah beberapa orang memuaturun gambar terbabit dan menyebarkannya.


Kami tidak merasakan marah sedikit pun, cuma kesal kerana masih ada melayu yang beragama Islam berakhlak seperti ini, menjadikan isu benda yang sepatutnya patut menjadi isu. sehinggakan ketawa kecil dihati kami bila antara komen-komennya menyatakan ayat
"lepas ni boleh mandikan babi"
"anjing itu haram dipegang" 
"perempuan ini hanya berpakaian seperti islam,tetapi bukan islam"

Hampir 1 1/2 muka surat Sin Chew Daily menyiarkan cerita mengenai program ini. Kita tunggu sahaja majalah Jinak menceritakannya pula. 

Pada kami di sini, program ini dapat membuka mata ramai orang (Islam atau bukan Islam). Dari mereka yang tidak tahu tentang najis mughalazah ni, jadi tahu apanya dia. Dari mereka cetek ilmu, mereka dalaminya lagi. Dari mereka sukar mengertu menggunakan tanah, sabun taharah diperkenalkan. Kami mengambil dari sudut positif apa yang berlaku

Pada kami, program ini dikira berjaya bagi kami. kesemua yang dirancangkan berjalan seperti yang dirancangkan. Jika ada kekurangan, kami memohan kemaafan kepada segala kesalahan kami secara langsung atau tidak langsung. Ukhwah antar WFCians menjadi rapat. Selepas program ini, kami berkenalan dengan ramai pencinta-pencinta haiwan yang dulunya hanya dikenali di laman sesawang. Syabas kami ucapkan kepada semua peserta-peserta program ini.


I CAN'T DO ANYTHING TO STRAY ANIMAL, BUT I CAN DO SOMETHING



Posted in | 0 comments