New deal.... 2013

Salam 2013 kepada semua WFCians semua,

Sepanjang tahun 2012, WIRA yang baru setahun jagung ditubuhkan yang pada permulaanya hanya sebuah page dalam facebook dan kini bergerak setapak menubuhkan persatuan WIRA. Pelbagai coretan suka & duka WIRA alami sepanjang tahun 2012.

14 Mei 2012, Page WIRA FANS CLUB dibuka atas dasar ingin memberitahu pekembangan Wira dan dalam masa yang sama menjadi medium penyampai bagi kes-kes haiwan jalanan khususnya di negeri Johor. Page ini yang ditubuhkan oleh 3 orang yang bersusah payah membantu menyelamatkan Wira dan membawanya ke klinik haiwan & salah seorangnya ialah Kak Sue

Dan kini terdapat 6 admin WFC yang 5 daripadanya merupakan ahli jawatankuasa kelab WIRA. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh WIRA sepanjang tahun 2012






Dan pada tahun 2013 ini, awal tahun ini WIRA akan membuka keahlian dengan pelbagai kelebihan khususnya sesiapa yang tinggal di Johor & Negeri Sembilan.

WIRA juga merangka pelbagai aktiviti menarik sepanjang 2013. Ada aktiviti-aktiviti yang sama seperti tahun 2012 & ada yang baru. NANTIKAN SAHAJA!!!



Posted in Labels: , , , |

0 comments:

Post a Comment