Muse with WIRA
Posted On Sunday, 30 December 2012 at at 03:00 by Azeem
Carta Organisasi Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar, Johor Bharu, Johor
KaSSeH (Kami Suka Selamatkan Haiwan)
KaSSeH (Kami Suka Selamatkan Haiwan)
PENGERUSI : Suriani Jantan
NAIB PENGERUSI : Dr Marlia Zulkapli
SETIAUSAHA : Dr Muhammad Azim Abd Rahim
NAIB SETIAUSAHA : Azman Ahmad
BENDAHARI : Mohd Hafizan Othman
AJK :
- Azlinda Md Talib
- Kamariah Md. Yunus
- Siti Sulaiha Bakar
We All Scream for NEUTERING WEEK
Posted On Thursday, 27 December 2012 at at 11:27 by Azeem
WIRA Neutering Week merupakan aktiviti pertama WIRA bagi mengumpul dana WIRA. Alhamdulillah, program itu berjalan dengan lancar. Tujuan besar program selain bagi mengumpul dana WIRA, dalam masa yang sama adalah mengajar WFCians semua pentingnya memandulkan kucing.
Peserta terbanyak menghantar kucing untuk dimandulkan ialah Azman Ahmad & Aida Aris yang menghantar masing-masing 5 ekor. Untuk tempoh seminggu, 35 ekor kucing berjaya dimandulkan. Masing-masing pula tanpa sebarang komplikasi.
Peserta terbanyak menghantar kucing untuk dimandulkan ialah Azman Ahmad & Aida Aris yang menghantar masing-masing 5 ekor. Untuk tempoh seminggu, 35 ekor kucing berjaya dimandulkan. Masing-masing pula tanpa sebarang komplikasi.
Antara kucing yang dimandulkan
Kucing yang dimandulkan
Kucing jantan yang sudah bersedia untuk dimandulkan. pengsan selepas diberi ubat bius
Kucing jantan yang akan dimandulkan
Kawasan yang akan dibelah bagi kucing betina
Sistem peranakan yang dibuang dalam proces pemandulan
Program ini berjaya menyumbangkan RM350 kepada WIRA. Program pemandulan ini bakal menyusul kembali tahun 2013.
Tom met Queen
Posted On Saturday, 8 December 2012 at at 08:34 by AzeemVideo ini disediakan oleh Dr Ana Kadir. Bagaimana populasi kucing & anjing semakin hari semakin banyak. Tolong!! Mandulkan kucing anda.
Health Care Dog & Cat
Posted On Tuesday, 4 December 2012 at at 21:34 by AzeemWIRA NEUTER WEEK : Klinik Haiwan Tiram
Posted On Monday, 3 December 2012 at at 18:11 by Azeem
WIRA HONORS NEUTER WEEK merupakan program pertama yang diadakan oleh WIRA selepas didaftarkan sebagai sebuah kelab berorganisasi. Matlamat program ini adalah memberi kesempatan kepada pemilik-pemilik kucing untuk memandulkankan kucing mereka dengan harga yang murah & mengelakkan daripada haiwan perliharaan anda daripada membiak tanpa kawalan. Selain daripada itu, RM10 daripada setiap seekor kucing yang dimandulkan akan disumbang dalam dana WIRA bagi membantu haiwan jalanan yang memerlukan.
Maklumat mengenai program ini :
Tarikh : 17 Disember 2012 - 23 Disember 2012 (kecuali hari jumaat)
Lokasi : Klinik Haiwan Tiram, No 21, Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram, 81800 Johor Bahru
No Telefon : 07-8632419
Harga pemandulan :
Borang pendaftran boleh didapati di Klinik Haiwan Tiram atau meminta borang melalui email : wira20112012@gmail.com dengan meletakkan subjek (Wira Neuter Week).
*setiap hari kami hanya menerima 10 ekor sahaja
*setiap hari kami hanya menerima 10 ekor sahaja
TERMA DAN SYARAT PEMANDULAN
- Pastikan kucing yang hendak dimandulkan perlulah mencapai umur yang sesuai untuk dimandulkan.
a) kucing betina : 5 bulan ke atas atau berat lebih dari 2kg
b) kucing jantan : 6 bulan ke atas (terbaik 1 tahun ke atas) & lebih daripada 2 kg - Pastikan kucing anda tidak bunting. Sekiranya bunting, pihak klinik berhak tidak memandulkan kucing anda.
- Pastikan kucing anda dipuasakan sebelum dihantar ke klinik. Kucing perlu tidak diberi makanan & minuman pada waktu pagi sebelum hantar untuk pemandulan & dikurung dalam sangkar
- Sila bawa kucing anda pada hari yang sudah ditetapkan dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari. Kucing perlu diambil kembali pada hari yang sama pada jam 6 petang hingga 8 malam pada hari yang sama. Sebarang perubahan akan diberitahu melalui panggilan telefon.
- Kucing yang tidak diambil akan dikenakan bayaran tambahan RM10/sehari untuk kos boarding
- Hanya kucing kampung/kampung bulu panjang/kacukan parsi diterima. Sebarang baka-baka exotik tidak akan dilayan
- Promosi pemandulan hanya sah pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Harga kembali kepada asal selepas tamat tempoh pemandulan.
- Kucing yang sudah dimandulkan perlulah dikurung dalam sangkar selama 5 hari dan tidak memandikan kucing dalam tempoh seminggu selepas proces pemandulan. Pastikan juga luka pembedahan dalam keadaan kering & tiada pasir/kotoran melekat.
- Bawa kembali kucing ke klinik jika ada sebarang masalah & pastikan kucing anda sentiasa dipantau dalam seminggu selepas pemandulan.
\
Mandulkan haiwan anda!!
Posted On at at 15:45 by Azeem- Untuk kesihatan haiwan perliharaan anda.
Memandulkan haiwan perliharaan anda dapat memanjangkan umur haiwan perliharaan & menjamin kesihatan haiwan perliharaan. (kucing : + 3 – 5 tahun, anjing : + 1 – 3 tahun). Ketika musim mengawan, kucing & anjing anda mudah mendapat penyakit berjangkit dari kucing lain. Kadang kala penyakit berjangkit yang berbahaya seperti parvovirus boleh dijangkiti oleh kucing anda ketika musim mengawan selain daripada kurap, kutu, kulat & cacing.Selain itu penyakit yang boleh didapati melalai “love bite” seperti FIV & FELV.
Memandulkan kucing betina boleh mengurangkan kebarangkalian barah ovari & barah payudara (ovarian cancer & breast cancer). Lagi-lagi rendah kebarangkalian jika dimandulkan sebelum kitaran estrus haiwan yang pertama. Memandulkan kucing jantan boleh mengurangkan kebarangkalian barah testis & penyakit prostate ( testicular cancer & prostate disease) - Kebaikan
kepada pemilik haiwan perliharaan.
Haiwan perliharaan yang sudah dimandulkan lebih manja & sesuai dijadikan kucing di dalam rumah. Haiwan perliharaan jantan akan kurang/tiada kencing sebagai tanda (spray territory) & anda akan tidak nampak perangai garang kucing yang biasa kelihatan pada haiwan yang belum dimandulkan. Juga akan mengurangkan haiwan-haiwan jalanan berada dikawasan rumah anda memikat haiwan anda di dalam rumah ketika haiwan betina anda sedang dalam kitaran estrus.
Juga, haiwan perliharaan akan suka tinggal di dalam satu kawasan, tidak melarikan diri sehingga berlaku kemalangan yang tak diingini atau bergaduh dengan haiwan lain. Yang paling penting, memandulkan haiwan perliharaan anda akan mengurangkan kebarangkalian penyakit seperti barah berlaku yang boleh memerlukan ribuan ringgit untuk kos merawatnya. - Bagus untuk masyarakat
Di Malaysia terlalu banyak kucing & anjing terbiar yang boleh dijumpai di jalan-jalan, cuba untuk meneruskan hidup dengan makanan yang tidak seberapa. Jangan menambah populasi haiwan terbiar daripada anak-anak haiwan anda. Selain itu, akan member lebih bebanan pada majlis perbandaran & pusat lindungan haiwan di Malaysia jika terlalu banyak haiwan di jalanan. Juga penambahan haiwan jalanan menambahkan lagi penyiksaan pada haiwan seperti kemalangan, kanak-kanak membuli haiwan atau kejadian digigit anjing jalanan.
MITOS MENGENAI HAIWAN PERLIHARAAN YANG DIMANDULKAN
- Akan menjadi gemuk & pemalas
Berat badan tidak akan naik disebabkan member lebih makanan pada haiwan anda. Ini terjadi disebabkan makanan yang diberikan tidak lagi digunakan untuk pekembangan organ reroduksi. Jaga permakanan yang anda beri pada haiwan anda. Selalu meluangkan masa bermain dengan haiwan anda untuk memastikan sentiasa dalam berat badan yang ideal. Haiwa lebih mudah bermain dengan tuan dia selepas dimandulkan. -
Perlu
member peluang kepada haiwan betina untuk beranak sekali
Tiada apa-apa kesan baik jika anda membiarkan haiwan anak beranak sekali sekiranya anda betul-betul tidak mahu anak daripada haiwan anda. Lebih memburukkan lagi peratusan haiwan anda mendapat barah payudara lebih tinggi dari haiwan yang anda mandulkan sebelum datangkan kitaran estrus - Zakat fitrah
Zakat fitrah diturunkan untuk manusia. Allah maha mengetahui, Dia pasti tahu mengenai kucing yang akan dimandulkan oleh manusia sebelum kucing dijadikan lagi. Tetapi persoalannya kenapa tidak wujud dalil dari 4 sumber utama kita mengatakan kucing perlu dibayar zakat selepas dimandulkan sebab kita menghalang fitrahnya. Anda memang boleh bayar jika kucing anda sebelum ini manusia tetapi disumpah menjadi kucing. Atau anda ternak kucing lebih 40 ekor untuk dijadikan ternakan (makanan). Jadi, tiada istilah membayar zakat fitrah untuk kucing. - Berdosa
Melalui ijma' ulama' telah sepakat mengatakan pemandulan adalah diharuskan bagi menjaga kesejahteraan haiwan (kucing & anjing). Bila difikirkan balik, ketika kucing anda miang & berlakunya kecederaan atau mendapat penyakit kemudian anda biarkan, itu lagi berdosa. Itu belum lagi jika anda membuang anak-anak kucing yang masih menyusu. lagi kejam.
Jangan jadi sumber berlakunya penambahan haiwan jalanan. MANDULKAN HAIWAN PERLIHARAAN ANDA - Akan menjadi gemuk & pemalas
WIRA Neutering Week
Posted On at at 04:46 by AzeemThere's No Place Like Barbeque
Posted On Sunday, 2 December 2012 at at 01:15 by Azeem
Barbeque WIRA FANS CLUB yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan admin bersama-sama WFCians yang lain disamping meminta cadangan program dari kalangan WFCians yang hadir. Alhamdulillah beberapa program sudah dimasukkan dalam cadangan program WFC.
Beberapa coretan gambar dibawah sebagai kenangan ketika BBQ WFC
Khemah didirikan
Persiapan membuat air
AJK makanan sibuk menghidupkan api cc : Maria
Otak-otak sumbangan Nana.
Cerita pengalaman bersama haiwan, sebelum acara sebenar bermula
Perbincangan mengenai hala tuju WFC, aktiviti yang bakal dirancang sehingga tahun hadapan
Istana pasir yang tidak menyerupai pasir
Khemah dibuka semula. masa untuk pulang ke rumah masing-masing
TERIMA KASIH KEPADA PESERTA-PESERTA YANG MENGHADIRINYA. KEHADIRAN & SOKONGAN ANDA TERHADAP AKTIVITI WFC AMAT KAMI HARGAI
Klinik Haiwan Johor
Posted On Friday, 30 November 2012 at at 07:11 by Azeem
JOHOR BHARU
- KLINIK VETERINAR JOHOR BAHRU
Jalan Kebun Teh
80250 Johor Bahru
Tel.No: 07-2235336
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.15 tengahari ; 2.15 petang - 3.30 petang)
Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari; 3.00 petang - 3.30 petang)
- KOH ANIMAL CLINIC AND SURGERY
Dr Koh Seong Kooi
No 62, Jalan Kemunting, Taman Kebun Teh,
80250, Johor Bharu
Tel : 07-3329599/ Fax: 333683 - VETERINARY CLINIC JOHOR BAHRU
Dr. Bernard C. James
No. 171, Jln. Beringin,
Melodies Garden,
80250 Johor Bahru - HAN VETERINARY SURGERY
Dr. Han Hock Siew
No. 50, Jalan Molek 2/2, Taman Molek
81100 Johor Bahru
Tel: 07-3555705/Fax: 07-35347705 - KLINIK VETERINAR WONDERCARE
Dr. Bala Edwin Singam
No 15 & 17, Jln. Ros Merah 2/8,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru
Tel: 07-3581309/Fax: 07-3558455 - JB ANIMAL MEDICAL CLINIC
Dr Lee Yew Hong
No. 47, Jln. Anggerik 2/7,
Taman Anggerik
81200 Johor Bahru
Fax : 07-5564284) - KLINIK VETERINAR FAMILY
Dr Juliyana Abu Sari
No 50, Jalan Padi Emas 2,
Bandar Baru Uda,81200, Johor Bahru
No H/P : 012 - 777 3007 -
KLINIK HAIWAN PARADISE
Dr Firhanis
No 02, Jalan Padi Emas 2,
Bandar Baru Uda,
81200, Johor Bahru
No H/P : 010-8803277/012-7312614 - KLINIK VETERINAR WONDERCARE
Dr Farhah Zaidar/Dr Najwa
No 24, Jalan Indah
Taman Indah
81200 Johor Bahru
Tel: 07-2353007 - PUSAT HAIWAN KOH
Dr. Koh Chaw Huah
Taman Ungku Aminah,
81300 Johor Bahru
Tel: 07-5588055 - UNIVERSITY VETERINARY CLINIC
Dr Rajeswary
No. 28, Jln. Kebudayaan 18,
University Veterinary Clinic
Taman Universiti 81300 Johor Bahru
Tel: 07-5208986 -
Dr. Vatemalee
No. 16, Jln. Shah Bandar 6,
Taman Ungku Aminah,
81300 Johor Bahru
Tel : 07-5570166/019-7127334 - PET VETERINARY CENTRE
Dr Norazry Zakaria
No. 96, Jln Permas 10,
Bdr Baru Permas Jaya,
81750 Johor Bahru
Tel : 07-3864351 - PERMAS
ANIMAL CLINIC & SURGERY
Dr. Foo Kok Leong
No. 9, Jln. Permas 10/3,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Johor Bahru -
KLINIK HAIWAN SERI ALAM
Dr Ahmad FauzanNo 56, Jalan Suria 2 ,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai,
Johor Bahru - KLINIK HAIWAN TIRAM
Dr Marlia Zulkapli
No 21, Jalan Ledang 25,
Taman Bukit Tiram
81800 Ulu Tiram
Johor Bahru
Tel : 07-8632419 - GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 18, Jalan Jati1
Taman Nusa Bestari Jaya,
81300 Skudai
Johor Bahru
Tel: 016-7166539/Fax: 07-2356649 -
GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 11, Jalan Sasa 6,
Taman Gaya
81800 Ulu Tiram
Johor Bahru
Tel : 07-5204588 - GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 34, Jalan Kebudayaan 7,
Taman University,
81300 Skudai
Johor Bahru - GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 2919, Jalan Merbau 3,
Bandar Putra
81000 Kulai
Johor - GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 55, Jalan Austin Heights 3,
Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru - GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 19, Jalan Molek 2/4
Taman Molek,
81100 Johor Bahru - GLOBAL PETS VETERINARY CLINIC & SURGERY
No 1, Jalan Bukit Indah 25/1
Taman Bukit Indah 2,
81200 Johor Bahru
PONTIAN
- KLINIK VETERINAR PONTIAN
Jalan Besar,
82000 Pontian.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang)
KOTA TINGGI
- KLINIK VETERINAR KOTA TINGGI
Jalan Lombong,
81900 Kota Tinggi.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang)
- KLINIK VETERINAR FAMILY
Dr Shakira Mohd Nor
No 18 Jalan Maju,
81900 Kota Tinggi
KLUANG
- KLINIK VETERINAR KLUANG
Jalan Abu Bakar,
86000 KLUANG.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang) - KLINIK VETERINAR KLUANG
Dr A Chandran
Klinik Veterinar Kluang
No. 23, Jln. Hj. Abd. Aziz Awab,
Kluang Baru,
86000 Kluang, Johor
BATU PAHAT
- KLINIK VETERINAR BATU PAHAT,
Jalan Jeragan,
83000 Batu Pahat.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang) - P.E.T.S VETERINARY CENTRE
Dr Wong Kang Li
No. 21, Jln. Susur Perdana Tengah,
Taman Bukit Perdana,
83000 Batu Pahat, Johor
07 4314 653 - HARI PET CLINIC & SURGERY
Dr. B.P.M. Mohanakrishnan
No. 45, Jln. Chengal,
Taman Batu Pahat,
83000 Batu Pahat
Tel: 07-4349699
SEGAMAT
- KLINIK VETERINAR SEGAMAT,
Jalan Awang,
85000 Segamat.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang) - PUBAA ANIMAL TREATMENT CENTRE
Dr Puspaa Ramloo
No. 8, Jln. Nagasari 1,
Bandar Segamat Baru
85000 Segamat, Johor
Tel : 07 - 914 1085 - KLINIK VETERINARY GLORY
Dr Aqidah
277C, Jalan Syed Abdul Kadir,
Kampung Abdullah,
85000 Segamat
MERSING
- KLINIK VETERINAR MERSING,
km3 Jalan Endau,
86800 Mersing.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang)
MUAR
- KLINIK VETERINAR MUAR
Jalan Ismail,
84000 Muar.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang) - KLINIK VETERINAR LEDANG,
Jalan Muar,
84900 Muar.
Masa beroperasi :
Isnin - Khamis (8.30 pagi - 12.45 tengahari ; 2.15 petang - 4.00 petang)
Jumaat (9.00 pagi - 12.40 tengahari; 3.00 petang - 4.00 petang) - KLINIK VETERINAR RAZEEM
Dr Razeemazlan
No. 33, Taman Sri Tanjung Indah,
Tanjung Agas,
84000 Muar, Johor
- SHAH ANIMAL CLINIC & SURGERY
No. 241, Lorong Kurau 9,
Taman Sg. Abong,
84000 Muar, Johor
Tel : 07-9150006 - KLINIK VETERINAR GLORY
Dr Azhani Abdul Rahman
No 17, Jalan Manja,
Tangkak
tEL : 019-7357927
-
Diharapkan dapat membantu anda sekiranya menjumpai haiwan jalanan yang cedera atau membawa haiwan perliharaan anda sakit di kawasan Johor